Event Title
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FRSB KE DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Date
13 Jan 2025 - 13 Jan 2025
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
KUALA LUMPUR, 13 Januari 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof (Dekan Fakulti) telah mengadakan pertemuan bersama YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, bertempat di Tingkat 28, Menara DBKL 1.
Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Prof. Madya Dr. Zalina Shari (Timbalan Dekan Akademik, Alumni dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Ts. Dr. Shahrizal Dolah CiDE (Timbalan Dekan JINM dan Pembangunan), Prof. Madya Dr. Shureen Faris Mohd Shukor (Ketua Jabatan Senibina Landskap), Pn. Ida Suriana Ismail (Ketua Jabatan Senibina) dan Dr. Mohd Faiz Yahaya (Ketua Jabatan Rekabentuk Perindustrian).
Tujuan sesi kunjungan hormat ini adalah bagi menyampaikan hasrat fakulti untuk mengadakan kerjasama bersama pihak DBKL dari segi pembentukan program baru berkaitan perancangan bandar dan desa. Antara fokus pembidangan yang akan diterapkan dalam program baharu ini antara lainnya berkaitan penyelidikan dan inovasi Bandar Pintar, Kecerdesan Buatan (AI) sebagai alat bantu dalam merancang sesuatu bandar masa hadapan serta kepakaran teknologi dan daya cipta luar biasa dalam mendepani pembangunan yang mampu berdaya tahan dengan strategi perubahan iklim yang tepat dan berkesan.
Hasrat untuk melantik YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif sebagai Profesor Adjung FRSB turut dizahirkan oleh Tuan Dekan dalam pertemuan tersebut . Usaha ini dilihat akan menjadi satu titik permulaan kepada bidang perancangan yang lebih segar dengan ilmu dan pengalaman yang akan dipimpin dan dikongsikan kepada fakulti dan seterusnya pendidik dan para pelajar kelak.
Rancangan kolaborasi bersama DBKL merupakan salah satu inisiatif untuk mendokong salah satu aspirasi dan tindakan progresif di bawah Pelan Strategik FRSB 2021-2025 di bawah pelan matlamat ketiga iaitu melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat di dalam bidang rekabentuk dan alam bina.
![]()
Updated:: 19/02/2025 [marini]