Event Title
International SEED Showcase 2025
Date
15 Jul 2025 - 17 Jul 2025
Location
Galeri Serdang, FRSB, UPM
Event Summary
Sri Serdang, 15 Julai 2025 – Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan International SEED Showcase 2025, bertempat di Galeri Serdang. Bertemakan "Keterjaminan Makanan", pameran ini menghimpunkan 34 projek Tahun Akhir pelajar Bacelor Rekabentuk Perindustrian dengan Kepujian yang memberi tumpuan kepada penyelesaian reka bentuk berkaitan isu sekuriti makanan negara.
Majlis perasmian telah disempurnakan pada oleh Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abdul Shukor, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Siswazah), FRSB. Pameran turut dimeriahkan dengan penyertaan enam universiti antarabangsa dari Thailand, Indonesia, China dan Taiwan, serta kolaborasi erat dengan rakan industri tempatan.
Program ini memperlihatkan kesungguhan dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan prototaip yang praktikal serta menyokong Dasar Agromakanan Negara 2.0. Majlis pembukaan yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 15-17 Julai 2025 turut merangkumi sesi wacana seperti Design Talk, forum industri-akademik, perkongsian alumni, demonstrasi pelajar, dan aktiviti sekolah – menjadikannya platform holistik untuk mengetengahkan reka bentuk sebagai agen perubahan dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Pameran ini akan dibuka kepada umum sehingga 24 Julai 2025.
SEED – Innovative Solutions for Sustenance – bukan sahaja meraikan 10 tahun impaknya, malah terus memupuk bakat baharu dalam landskap reka bentuk nasional dan global.
![]()
Updated:: 23/07/2025 [marini]