FRSB Postgraduate Students Get-Together | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» ACTIVITIES » DURATION OF STUDY AND RESIDENTIAL REQUIREMENTS

Event Title
FRSB Postgraduate Students Get-Together
Date
23 Oct 2025 - 23 Oct 2025
Time
02.30 - 04.00
Location
bilik seminar
Event Summary
Serdang, 23 Oktober 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program “FRSB Postgraduate Students Get-Together” bertempat di Bilik Seminar, FRSB. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Siswazah (TDPIS) sebagai inisiatif bagi menyambut kedatangan pelajar baharu Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana Sains (MSc) bagi Semester 1, Sesi 2025/2026. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu turut dihadiri oleh para pensyarah, penyelidik serta warga fakulti dalam suasana mesra dan penuh keterujaan. Program ini bertujuan memperkenalkan struktur pengajian siswazah di FRSB serta memberi peluang kepada pelajar baharu untuk berkenalan dengan pensyarah, rakan penyelidik dan warga fakulti. Selain sesi suai kenal, majlis turut menampilkan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Siswazah, Prof. Madya Dr. Shureen Faris Abdul Shukor, serta perkongsian maklumat penting berkaitan penyelidikan dan peluang inovasi di FRSB. Program seumpama ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah, sekaligus membentuk komuniti siswazah yang aktif, dinamik dan berdaya saing. Penganjuran program ini turut disokong oleh unit Penyelidikan dan Penerbitan di bawah seliaan Rohaya Ishak, serta dibantu oleh barisan urus setia daripada unit Penyelidikan (Doktor Falsafah dan Sarjana Sains) iaitu Nursyida Mansor, Noor Munirah Abdul Halim dan Nurazlin Jaafar dengan penyelarasan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat TDPIS, FRSB.

Updated:: 29/10/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
S, (08:47:50pm-08:52:50pm, 13 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]