Event Title
AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 1 QMS & ISMS OLEH SIRIM 2025
Date
24 Sep 2025 - 25 Sep 2025
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
Serdang, 24 September – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia menjalani Audit Pemantauan Semakan 1 QMS dan ISMS oleh SIRIM selama dua hari bermula 24 hingga 25 September 2025.
Audit yang berlangsung di Bilik Seminar, FRSB ini dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang, dengan tujuan memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti (QMS) dan sistem pengurusan keselamatan maklumat (ISMS) di fakulti sentiasa berada pada tahap terbaik.
Pelaksanaan audit ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi budaya kerja berkualiti serta meningkatkan kecekapan pengurusan di FRSB.
Updated:: 01/10/2025 [marini]