1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL INNOVATION IN DESIGN AND BUILT ENVIRONMENT | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» ACTIVITIES » VPK3613 Veterinary Clinical Medicine I Learning Outcome Diseases of the hepatobiliary system 1

Event Title
1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL INNOVATION IN DESIGN AND BUILT ENVIRONMENT
Date
25 Feb 2025 - 25 Feb 2025
Time
09.00 - 05.00
Location
Mercure Living Putrajaya
Event Summary
PERSIDANGAN SiDe 2025: PACU INOVASI SOSIAL DALAM REKA BENTUK DAN PERSEKITARAN BINAAN 25 Februari 2025 | Putrajaya Persidangan Antarabangsa Inovasi Sosial dalam Reka Bentuk dan Persekitaran Binaan (SiDe) 2025 berjaya menghimpunkan ahli akademik, pemimpin industri, pembuat dasar dan profesional kreatif. Majlis pembukaan persidangan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud. Beliau menegaskan bahawa ekonomi kreatif bukan lagi satu sektor kecil, sebaliknya menjadi tunjang strategik bagi daya tahan ekonomi dan pembangunan industri masa depan. “Malaysia mesti melabur dalam penyelidikan, pembangunan bakat dan transformasi digital untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam landskap kreatif global,” ujar beliau. Persidangan ini dianjurkan oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM. Antara pengisian utama termasuk ucaptama, perbincangan panel dan pembentangan penyelidikan mengenai inovasi dalam reka bentuk, kemampanan bandar, teknologi digital, dan pembangunan inklusif. Kolaborasi antara akademia, industri dan pembuat dasar menjadi pemacu utama dalam memperkasa ekonomi kreatif Malaysia. Dengan pendekatan rentas disiplin serta integrasi teknologi digital, persidangan ini memberi tumpuan kepada strategi pembangunan masa depan. Persidangan ini turut menjadi platform bagi penyelidik, usahawan dan pereka bentuk untuk berkongsi ilmu serta meneroka penyelesaian inovatif. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk ekonomi kitaran dalam seni bina, bandar pintar, inovasi digital dalam industri kreatif dan reka bentuk berasaskan komuniti. SiDe 2025 sejajar dengan visi strategik Malaysia untuk menjadikan ekonomi kreatif sebagai pemacu pembangunan mampan dan kepelbagaian ekonomi. Reka bentuk, inovasi dan impak sosial perlu bergerak seiring dalam membina masa depan yang lestari dan berdaya saing.

Updated:: 04/03/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (03:47:33pm-03:52:33pm, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]