PAMERAN PERABOT KREATIF LESTAREKA | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » PAMERAN PERABOT KREATIF LESTAREKA

PAMERAN PERABOT KREATIF LESTAREKA

PAMERAN PERABOT KREATIF LESTAREKA TARIK PERHATIAN PENGUNJUNG   DI EXPORT FURNITURE EXHIBITION EFE 2024, KLCC

Prof Ts Dr Khairul Aidil Azlin Abd Rahman CIDe

KUALA LUMPUR, 4 Mac 2024 - Eksport Furniture Exhibition atau dikenali sebagai EFE merupakan pameran perabot peringkat antarabangsa yang menghimpunkan pengeluar-pengeluar perabot tempatan dan antarabangsa. Pameran ini sentiasa mendapat perhatian seluruh dunia berdasarkan pertambahan bilangan penyertaan pengeluar dari masa ke semasa. Nilai eksport perabot Malaysia pada tahun 2022  telah mencapai RM 13.8 billion.  Penyelidik  INSIDE RG dari Jabatan Rekabentuk Perindustrian telah menyertainya sejak tahun 2015 dan telah mendapat impak positif dari pihak industri serta liputan yang meluas di dalam media cetak dan media elektronik. Pada tahun ini, EFE 2024 diadakan pada 4 - 7 Mac 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Malaysian Furniture Promotion Council (MFPC) sebagai penganjur juga telah menaja pembiayaan secara inkind  bernilai RM 41, 230 untuk tapak pameran berukuran 54 meter persegi kepada FRSB, UPM.

 

Justeru, Penyelidik INSIDE Research Group dari Jabatan Reka Bentuk Perindustrian yang diketuai oleh Prof Ts Dr Khiarul Aidil Azlin Abd Rahman CIDe menyelaras pameran dan merancang susun atur reka bentuk pameran tersebut. Sebanyak 10 prototaip perabot berkonsepkan ”LESTAREKA”( Lestari Reka) oleh kumpulan penyelidik dari pelbagai program dan projek pelajar FRSB dipamerkan. Konsep perabot kreatif Lestareka adalah menggunakan bahan-bahan terbuang  seperti buluh, kayu, besi kain , dan kertas  diolah dan direkabentuk menjadi perabot yang unik. Pameran ini  mendapat kerjasama industri seperti Tadom Hill, KOOP FTTP Perak dan Urban Tree yang menyumbang bahan mentah untuk pembuatan perabot. Penyertaan ini bukan sahaja telah menaikkan nama jabatan serta fakulti dan juga visibiliti universiti, malah ia juga merupakan peluang yang baik untuk pihak kumpulan penyelidik / pensyarah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar perabot di Malaysia dan antarabangsa. Kesimpulannya, penyertaan ini telah mempromosikan semua program Sarjana Muda, Sarjana dan PhD yang ditawarkan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina.

 

Pensyarah dan pelajar yang mempamerkan hasil karya mereka adalah seperti berikut:-

  • Prof Ts Dr Khairul Aidil Azlin Abd Rahman CIDe
  • Prof Madya Ts Dr Nazlina Shaari CIDe
  • Prof Madya LAr Dr Mohd Yazid Mohd Yunos
  • Ts Dr Rosalam Che Me
  • Dr Siti Mastura Md Ishak
  • Dr Sarah Abdulkareem Salih
  • Mahmood Bghdadi
  • Dr Mohd Amirul Hussain - UPSI
  • Dr Nor Ziratul Aqma Norzaman

 

Berikut adalah pelajar-pelajar yang turut membantu dalam menjayakan pameran ini:-

  • Nadhiratul Shahira Hassan – Jabatan Rekabentuk Perindustrian
  • Hani Lyiana Mohd Keri - Jabatan Rekabentuk Perindustrian
  • Norhafizah Rosli - Jabatan Rekabentuk Perindustrian
  • Tuan Nur Zahirah Tuan Zahapar- Jabatan Senibina
  • Nurul Adlyna Mohd Khairuddin - Jabatan Senibina
  • Aalia Nafeesa Abdul Nasir - Jabatan Senibina
  • Nurshafiqah Mohd Sadad - Jabatan Senibina

 

 

 

 

   

 

 

 

   

 

Date of Input: 08/05/2024 | Updated: 08/05/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXFUCAK~