WARGA FRSB RAIKAN ULANG TAHUN PENUBUHAN FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA YANG KE-28
Madiha Hailani

SRI SERDANG, 1 Ogos 2024 – Pada 26 Julai yang lalu, genap 28 tahun ulangtahun penubuhan FRSB. Warga Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah menyambut ulang tahun penubuhan fakulti dengan mengadakan sebuah majlis khas yang dihadiri oleh warga FRSB juga mantan warga FRSB. Program dimulakan dengan doa selamat dan bacaan surah Yaasin yang diadakan di dalam Dewan Rekabentuk. Majlis diteruskan dengan ceramah solidariti Palestin yang disampaikan oleh saudara Hj Mohd Hafez bin Hj Harun. Majlis diakhiri dengan acara pemotongan kek oleh semua warga FRSB. Semoga FRSB terus cemerlang dan dan seluruh warganya diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahi Rahmat dari Yang Maha Esa.
Date of Input: 18/09/2024 | Updated: 18/09/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my