TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Nor Azlinda Othman
SRI SERDANG, 1 Julai 2025 - Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu bagi Sesi Akademik 2025/2026 Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2025 (Selasa, Rabu dan Khamis) bagi calon-calon dari Semenanjung yang dijalankan secara bersemuka dan pada 4 Julai 2025 (Jumaat) bagi calon-calon dari Sabah & Sarawak yang dijalankan secara dalam talian.
Program-program yang terlibat adalah Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian (UP6581002), Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian (UP6581001) dan Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian (UP6214001). Temuduga ini diadakan bagi setiap pengambilan untuk mendapatkan lebih ramai calon pelajar yang berkelayakan, berbakat dan mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang yang ditawarkan oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Usaha ini secara tidak langsung menyokong salah satu matlamat Universiti Putra Malaysia untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berusaha untuk terus maju.
Temuduga ini berlangsung bermula pada jam 8.00 pagi (Pendaftaran) diikuti dengan Ujian Melukis, Ujian Buta Warna hanya untuk calon-calon Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian yang dibantu oleh 2 orang staf daripada Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia dan seterusnya sesi calon-calon bersama panel temuduga. Bagi panel-panel yang terlibat untuk sesi temuduga dijalankan adalah dikalangan pensyarah-pensyarah setiap jabatan.
Sebanyak 6 ruang bilik yang digunakan untuk sesi tersebut adalah Dewan Reka Bentuk, Bilik Mesyuarat Dekan, Bilik Seminar,Bilik Insperika, Bilik Kuliah 1 &2 dan Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan HEPA). Manakala, bermula jam 2.30 petang bertempat di Bilik Seminar, Fakulti Rekabentuk dan Senibina merupakan sesi saringan pemilihan bagi calon-calon yang berjaya dalam temuduga. Untuk sesi saringan ini, hanya melibatkan Ketua-Ketua Jabatan, Penyelaras-penyelaras Program dan Ketua-Ketua Panel bagi setiap bilik temuduga.
Mesyuarat Pemilihan bagi calon layak ditemuduga telah diadakan pada 10 April 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Putra Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP),Kompleks Akademik A, Universiti Putra Malaysia. Turut hadir ialah Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan staf pembantu jabatan. Hasil daripada pemilihan tersebut, bilangan calon yang layak ditemuduga mengikut kategori permohonan dan pilihan program pengajian adalah :
|
Nama Program |
Kod Program |
Bilangan Calon |
||||
|
Mohon |
Layak Temuduga |
Hadir Temuduga |
Hantar BAKD (Selepas saringan) |
|||
|
Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian
|
UP6581001 |
529 |
188 |
103 |
60 |
|
|
|
||||||
|
Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian
|
UP6581002 |
719 |
111 |
67 |
54 |
|
|
|
||||||
|
Bacelor Reka Bentuk Perindustrian Kepujian
|
UP6214001 |
384 |
113 |
47 |
41 |
|
|
|
||||||
|
Jumlah Calon |
1,632 |
412 |
217 |
155 |
|
|
* Jumlah kehadiran adalah termasuk calon daripada Sabah & Sarawak
Date of Input: 09/10/2025 | Updated: 09/10/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my