TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI AKADEMIK 2024/2024 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI AKADEMIK 2024/2024 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI AKADEMIK 2024/2024 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI AKADEMIK 2024/2024 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

Nor Azlinda Othman

 

                                         

SERI SERDANG, 1 Julai 2024 - Temuduga pengambilan pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2024/2025 Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2024 (Isnin, Selasa dan Rabu) bagi calon-calon dari Semenanjung yang dijalankan secara bersemuka dan pada 5 Julai 2024 (Jumaat) bagi calon-calon dari Sabah & Sarawak yang dijalankan secara dalam talian. Program-program yang terlibat adalah Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian (UP6581002), Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian (UP6581001) dan Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian (UP6214001). Temuduga ini diadakan bagi setiap pengambilan untuk mendapatkan lebih ramai calon pelajar yang berkelayakan, berbakat dan mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang yang ditawarkan oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina.  Usaha ini secara tidak langsung menyokong salah satu matlamat Universiti Putra Malaysia untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berusaha untuk terus maju.

Temuduga ini berlangsung bermula pada jam 8.00 pagi (pendaftaran) diikuti dengan Ujian Melukis, Ujian Buta Warna hanya untuk calon-calon Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian yang dibantu oleh 2 orang staf daripada Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia dan seterusnya sesi calon-calon bersama panel temuduga. Panel-panel yang terlibat untuk sesi temuduga adalah dikalangan pensyarah-pensyarah setiap jabatan.

 

                                             

 

Sebanyak 5 ruang bilik yang digunakan untuk sesi tersebut adalah Dewan Reka Bentuk, Bilik Mesyuarat Dekan, Bilik Seminar,Bilik Insperika, Bilik MSLM. Manakala, bermula jam 3.00 petang bertempat di Bilik Seminar, Fakulti Rekabentuk dan Senibina merupakan sesi saringan pemilihan bagi calon-calon yang berjaya dalam temuduga. Untuk sesi saringan ini, hanya melibatkan Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Ketua Panel bagi setiap bilik temuduga. 

Mesyuarat Pemilihan bagi calon layak ditemuduga telah diadakan pada 30 April 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Senat, Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia. Turut hadir ialah Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan staf pembantu jabatan. Hasil daripada pemilihan tersebut, bilangan calon yang layak ditemuduga mengikut kategori permohonan dan pilihan program pengajian adalah :

 

 

Nama Program

 

Kod Program

Bilangan Calon

 

 

Mohon

Layak Temuduga

Hadir Temuduga

Hantar BAKD (Selepas saringan)

 

 

Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian

UP6581001

460

242

100

74

 

 
   

Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian

UP6581002

632

129

79

66

   
   

Bacelor Reka Bentuk Perindustrian Kepujian

UP6214001

395

311

99

70

   
   

Jumlah Calon

1,487

682

278

210

 

 

 

                

 

           

 

 

            

 

 

                     

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 15/08/2024 | Updated: 20/08/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (07:06:57am-07:11:57am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]