SESI PERKONGSIAN ‘POLITIK DI TEMPAT KERJA: ANTARA SAHABAT, RAKAN ATAU MUSUH’ OLEH PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. SHEIKH OMAR ABDUL RAHMAN | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » SESI PERKONGSIAN ‘POLITIK DI TEMPAT KERJA: ANTARA SAHABAT, RAKAN ATAU MUSUH’ OLEH PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. SHEIKH OMAR ABDUL RAHMAN

SESI PERKONGSIAN ‘POLITIK DI TEMPAT KERJA: ANTARA SAHABAT, RAKAN ATAU MUSUH’ OLEH PROFESOR EMERITUS DATO’ DR. SHEIKH OMAR ABDUL RAHMAN

Pn. Sarah Salwah Adnan

Sesi perkongsian bertajuk ‘Politik di Tempat Kerja: Antara Sahabat, Rakan atau Musuh’ telah diadakan pada 27 April 2022 yang lalu dan dihadiri seramai 625 orang yang terdiri daripada staf Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Pusat Tanggungjawab lain di UPM dan orang luar.

Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman yang dikenali sebagai Pak Sheikh secara bersemuka di Dewan Rekabentuk dan Senibina, FRSB dan juga dalam talian melalui Facebook FB live, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Di dalam sesi perkongsian tersebut, antara topik menarik yang dikupas oleh Pak Sheikh berkaitan dengan tajuk perkongsian Politik di Tempat Kerja adalah keperluan ‘6E’s of Human Capital (Modal Insan)’ iaitu (1) Expertise (Kepakaran); (2) Experience (Pengalaman); (3) Energy (Tenaga); (4) Excitement (Keterujaan); (5) Ethics (Etika); dan (6) Empathy (Empati). Perkongsian yang sangat hebat dan bersemangat yang disampaikan oleh Pak Sheikh telah mengundang ramai peserta menyertainya yang memberikan jumlah sehingga 625 orang iaitu 43 orang secara bersemuka dan selebihnya 582 peserta secara dalam talian melalui FB live.

Pak Sheikh turut menekankan supaya kita cuba mengelak penyakit hati yang tidak baik yang boleh menyumbang kepada situasi tidak sihat dan toksik di tempat kerja iaitu (i) sombong; (ii) ujub; (iii) riak; (iv) hasad dengki; dan (v) bakhil. Selain itu, Pak Sheikh menyatakan kebahagiaan adalah pilihan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dimiliki (HAPPINESS is a CHOICE, to ENJOY what you already HAVE). Punca kebahagiaan adalah empat (4) iaitu (i) menerima kebendaan; (ii) menerima penghargaan; (iii) berbahagia memberi; dan (iv) budaya ukhuwah.

Semoga kita semua dapat mendapat ilmu dan manfaat daripada perkongsian ini, dan terus menjadi hamba Allah yang sentiasa berbuat baik dan memberi manfaat kepada insan lain. Dan terus menerapkan budaya bekerja dengan ikhlas ke arah mencari redha Allah.

 

 

Date of Input: 21/06/2022 | Updated: 21/06/2022 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXETPAG~