PROGRAM PORTFOLIO REVIEW PROGRAM BACELOR SAINS SENI BINA DENGAN KEPUJIAN SEMESTER KEDUA 2021/2022 | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
» NEWS » PROGRAM PORTFOLIO REVIEW PROGRAM BACELOR SAINS SENI BINA DENGAN KEPUJIAN SEMESTER KEDUA 2021/2022

PROGRAM PORTFOLIO REVIEW PROGRAM BACELOR SAINS SENI BINA DENGAN KEPUJIAN SEMESTER KEDUA 2021/2022

Nurul Jannah Mat Saleh

18 Julai 2022, UPM - Jabatan Senibina FRSB telah berjaya melaksanakan Program Portfolio Review bagi Program Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian semester kedua 2021/2022 untuk pelajar-pelajar tahun 1 dan 2 secara fizikal.  Pihak Jabatan Senibina telah menjemput Prof. Madya Ts. Dr. Nurul Hamiruddin bin Salleh dari IIUM dan Ar. IDr. Ts. Ridha Razak dari Abraz Arkitek sebagai penilai luar bagi sesi Portfolio Review Program Pengajian Bacelor Sains Senibina dengan Kepujian pada kali ini.  Program Portfolio Review yang telah diadakan ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Senibina dan pelajar-pelajar tahun 1 dan 2 Program Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian. Semoga dengan terlaksananya program ini akan dapat meningkatkan lagi mutu penyampaian pengajaran bagi program pengajian senibina di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.

 

Date of Input: 02/08/2022 | Updated: 02/08/2022 | uswahhasanah

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
BVIRTA:19:17