Nurul Jannah Mat Saleh
SERI SERDANG, 18 Julai 2024 - Jabatan Senibina FRSB telah berjaya melaksanakan Program Portfolio Review bagi Program Bacelor Sains Seni Bina (Dengan Kepujian) dan Program Master Seni Bina Semester Kedua sesi 2023/2024 pada 18-19 Julai 2024. Program Portfolio Review ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar tahun 1, 2, 4 dan 5 Jabatan Senibina. Pihak Jabatan Senibina telah menjemput Ar. Hj. Razin Mahmood dan Ar. Dr. Wan Norisma Wan Ismail sebagai pemeriksa luar bagi sesi Portfolio Review pada kali ini.
Program Portfolio Review yang telah diadakan ini dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Senibina dan pelajar-pelajar tahun 1, 2, 4 dan 5 Program Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian dan Program Master Seni Bina. Semoga dengan terlaksananya program ini akan dapat meningkatkan lagi mutu penyampaian pengajaran bagi program pengajian senibina di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.




Date of Input: 13/08/2024 | Updated: 13/08/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my