PORTFOLIO REVIEW : PROGRAM BACELOR SAINS SENI BINA DENGAN KEPUJIAN DAN PROGRAM MASTER SENI BINA SEMESTER 1 SESI 2025/2026
Nurul Jannah Mat Saleh
SRI SERDANG, 12 Februari 2026 - Jabatan Senibina FRSB telah berjaya melaksanakan Program Portfolio Review bagi Program Bacelor Sains Seni Bina (Dengan Kepujian) dan Program Master Seni Bina bagi semester pertama sesi 2025/2026 untuk pelajar-pelajar tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4 dan tahun 5. Pihak Jabatan Senibina telah melantik 10 orang panel untuk menilai portfolio review ini dimana dua orang panel bagi setiap tahun.
Program Portfolio Review yang telah diadakan ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Senibina dan pelajar-pelajar tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4 dan tahun 5 Program Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian dan Program Master Seni Bina. Semoga dengan terlaksananya program ini akan dapat meningkatkan lagi mutu penyampaian pengajaran bagi program pengajian senibina di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 31/03/2026 | Updated: 31/03/2026 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my