Pertandingan Arca dan Mural Hari Landskap Negara 2024
LAr. Ts. Dr. Adam Aruldewan S,Muthuveeran

SHAH ALAM, 25 Mei 2024 - Jabatan Landskap Negara (JLN) telah menganjurkan Pertandingan Arca dan Pertandingan Mural Peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) sempena Sambutan Hari Landskap Negara 2024 (HLN 2024) di Taman Tasik Shah Alam. Pertandingan ini diadakan bagi mempamerkan kepelbagaian bakat dalam seni reka dan pada masa yang sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan landskap dan alam sekitar melalui pembuatan arca dan mural.
Pertandingan ini dianjurkan bagi melibatkan secara langsung penyertaan para pelajar dari institut pengajian tinggi awam dan swasta. Para peserta diberi peluang untuk menunjukkan kreativiti mereka melalui karya yang bertemakan ‘Industri Landskap Pemacu Pembangunan Madani’ dengan cara yang inovatif dan penuh inspirasi.
FRSB telah menghantar tujuh kumpulan (29 pelajar dan 5 penyelaras) untuk bertanding dan mereka terdiri daripada gabungan pelajar dari pelbagai program bacelor di FRSB. Pertandingan ini telah berjaya menyuburkan rasa cintakan alam sekitar melalui aktiviti seni reka, mengukuhkan dan memperluaskan pemahaman dan meningkatkan kreativiti dan bakat di kalangan pelajar-pelajar IPT. Tahniah diucapkan kepada Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM atas kejayaan merangkul tiga dari enam kategori hadiah yang dipertandingkan. Hadiah telah disampaikan pada 26 Mei 2024 di Dewan Aster, Bangunan Ibu Pejabat PKNS.
PERTANDINGAN MURAL
Tempat Kedua
Penyelaras : LAr. Ts. Dr. Adam Aruldewan S.Muthuveeran
PERTANDINGAN ARCA
Tempat Pertama
Penyelaras : Dr. Noor Azizi Mohd. Ali
Tempat kedua
Penyelaras : Dr. Noor Azizi Mohd. Ali


Date of Input: 17/07/2024 | Updated: 17/07/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my