PERJUMPAAN FRSB BERSAMA PRESIDEN INSTITUTE OF VALUE MANAGEMENT MALAYSIA (IVMM) | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » PERJUMPAAN FRSB BERSAMA PRESIDEN INSTITUTE OF VALUE MANAGEMENT MALAYSIA (IVMM)

PERJUMPAAN FRSB BERSAMA PRESIDEN INSTITUTE OF VALUE MANAGEMENT MALAYSIA (IVMM)

PERJUMPAAN  FRSB BERSAMA PRESIDEN INSTITUTE OF VALUE MANAGEMENT MALAYSIA (IVMM)

Madiha Hailani

 

SHAH ALAM, 24 Jun 2024 -  Dekan FRSB , Prof.Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof telah bertemu dengan  Presiden Institute of Value Management Malaysia (IVMM) , Dato' Ir. Abdul Nasir bin Abdul Razak di pejabat urusan IVMM, Shah Alam. Lawatan disertai oleh Timbalan Dekan Akademik Alumni dan Hal Ehwal Pelajar, Prof.Madya Dr. Zalina Shari, Ketua Jabatan Senibina, Ar. Dr. Athira Azmi dan Prof. Ts. Dr. Rahinah Ibrahim.

 

                                                      

Lawatan ini merupakan kunjungan hormat  fakulti atas pelantikan Dato' Nasir sebagai Profesor Adjung selama setahun bermula pada Mei 2024.

Pelantikan ini merupakan antara skop kerjasama fakulti bersama IVMM untuk program Master Pengurusan Teknologi Pembinaan (MCTEM). Sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia (Institute of Value Management Malaysia, IVMM) telah dirangka dan Majlis tandatangan MoU tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

 

 

                                                                                               

 

IVMM ialah sebuah institusi kebangsaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan dan mengawal pelaksanaan dan amalan Pengurusan Nilai untuk sektor awam dan swasta melalui usaha kelayakan pengurusan nilai, keahlian dan pembangunan kerjaya industri profesional, perniagaan, pentadbiran awam dan pendidikan di Malaysia.

Date of Input: 19/08/2024 | Updated: 19/08/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (07:31:06am-07:36:06am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]