PENAMPILAN SULUNG VOICE OF ART DALAM PERTANDINGAN KOIR MERDEKA INTER-PTJ UPM 2024
Madiha Hailani

SRI SERDANG, 21 Ogos 2024 – Kumpulan Koir Fakulti Rekabentuk dan Senibina yang diberikan nama Voices of Art (VoA) telah menyertai pertandingan Koir Merdeka Inter -PTJ buat julung kalinya. Petandingan ini merupakan salah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) untuk program Semarak Merdeka 2024 sepanjang bulan Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2024.
Tahniah diucapkan kepada VoA atas kejayaan mendapat tempat kesembilan daripada 21 penyertaan seluruh PTJ di Universiti Putra Malaysia. Semoga VoA berpeluang untuk menyertai pertandingan ini lagi di tahun hadapan dengan persembahan yang lebih baik.
Peserta Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ 2023

Date of Input: 19/09/2024 | Updated: 19/09/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my