Majlis Penyerahan Mural FRSB dan HSASS UPM
Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli
SRI SERDANG, 24 Oktober 2025 - Majlis simbolik penyerahan mural oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSASS) telah diadakan di sini. Projek komuniti ini merupakan inisiatif pelajar Tahun Satu Program Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian (BRBPdK), Jabatan Reka Bentuk Perindustrian (JRP) di bawah bimbingan Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli.
Mural merupakan lukisan dinding yang dihasilkan bagi pelbagai tujuan — daripada mencantikkan ruang, mempromosikan sesuatu, hinggalah menjadi wadah kritikan sosial. Kali ini, pelajar Tahun 1 Program Bacelor Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian (BRBPdK) telah diberi peluang untuk mengekspresikan bakat mereka melalui penghasilan mural di Wad Pediatrik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM. Projek ini bertujuan menceriakan sudut aktiviti dan memberikan suasana positif kepada pesakit kanak-kanak.
Ruang yang dahulunya digunakan sebagai tempat menonton televisyen dan bermain kini dihiasi dengan mural bertemakan safari. Tema ini dipilih oleh kakitangan wad yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pediatrik kerana ia bukan sahaja berperanan menceriakan suasana, tetapi juga berfungsi sebagai instrumen perkongsian maklumat melalui penceritaan dan aktiviti bermain.
Warna-warna terang dipadankan dengan tona kontras bagi menonjolkan keceriaan, di samping mengilustrasikan dengan jelas ciri-ciri asas setiap haiwan dan unggas yang sesuai dengan latar belakang savana. Tiga buah dinding yang dihiasi mural ini kelihatan lebih terang dengan pantulan cahaya semula jadi dari tingkap tengah, sekali gus membangkitkan suasana ceria dalam kalangan pesakit kanak-kanak.
Projek ini diilhamkan oleh pihak Wad Pediatrik HSAAS dan ditaja oleh Putra Bakti. Barisan pelukis diketuai oleh Zariths Sufea binti Zainal, pelajar Tahun 1 dari Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM. Projek telah dijalankan dari bulan April sehingga bulan Mei 2025.
Majlis penyerahan mural pada 24 Oktober 2025 telah disempurnakan oleh:
Program ini menjadi simbolik kepada jalinan kolaborasi antara FRSB dan HSASS dalam memperkukuh tanggungjawab sosial universiti melalui reka bentuk berimpak komuniti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 17/11/2025 | Updated: 17/11/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my