Lawatan Profesor Pelawat Kehormat Prof. Dr. Ulrika K. Stigsdotter Ke Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, UPM | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » Lawatan Profesor Pelawat Kehormat Prof. Dr. Ulrika K. Stigsdotter ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM

Lawatan Profesor Pelawat Kehormat Prof. Dr. Ulrika K. Stigsdotter ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM

Lawatan Profesor Pelawat Kehormat Prof. Dr. Ulrika K. Stigsdotter ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM

Zetty Fazleen Anuar

SRI SERDANG, 4 Januari 2025 - Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan Profesor Pelawat Kehormat, Prof. Dr. Ulrika K. Stigsdotter dari University of Copenhagen yang berlangsung dari 4 hingga 9 Januari 2026. Lawatan selama enam hari ini merupakan sebahagian daripada Program Profesor Pelawat Kehormat yang dirangka sebagai platform pertukaran ilmu, pengukuhan jaringan antarabangsa dan pemerkasaan budaya akademik. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah dilaksanakan melibatkan pensyarah, penyelidik, pelajar serta rakan industri, sekali gus mencerminkan komitmen fakulti dalam memperluas kolaborasi global dan meningkatkan pengalaman pembelajaran warga akademik.

Antara pengisian utama ialah International Colloquium yang diadakan pada 6 Januari 2026 di Dewan Reka Bentuk FRSB. Program separuh hari ini menghimpunkan ahli akademik, pengamal profesional dan wakil agensi kerajaan dalam suasana interaktif melalui sesi ucaptama, forum panel dan dialog terbuka. Kolokium tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial fakulti bagi memperluas capaian kepada komuniti luar kampus. Pada hari yang sama, sesi perbincangan strategik berkaitan peluang geran penyelidikan antarabangsa dan kolaborasi institusi turut diadakan dengan penglibatan kluster penyelidikan fakulti.

Program ini juga diserikan dengan JSL Talk Series yang menarik penyertaan lebih 80 staf akademik dan pelajar pascasiswazah. Pengisian program diperluas melalui lawatan teknikal pada 7 dan 8 Januari ke Putrajaya Wetlands, Tun Razak Exchange (TRX) dan Tamarind Square dengan penyertaan pelajar prasiswazah, pascasiswazah serta pensyarah bersama wakil industri dan pengurusan tapak. Program diakhiri dengan sesi exit meeting pada 9 Januari 2026. Secara keseluruhannya, Program Profesor Pelawat Kehormat ini berjaya dilaksanakan dengan teratur dan memberi impak positif dalam memperkukuh reputasi antarabangsa fakulti serta menyokong aspirasi UPM ke arah kecemerlangan akademik berterusan.

 

 

 

   

 

 

Foto :  International Colloquium

 

   

 

 

FotoDiscussions on International Grant and Research Groups

 

   

 

 

 Foto: Lawatan Teknikal ke Putrajaya Wetlands 

                                                                                                                                                          

       

 

 

 Foto :  Lawatan Teknikal ke TRX

 

     

 

   Foto :  Lawatan Teknikal ke Tamarind Square

 

       

 

Photos: Penyertaan pelajar di JSL Talk 

 

  

Photo:  Exit Interview

 

Date of Input: 31/03/2026 | Updated: 31/03/2026 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (07:01:07am-07:06:07am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]