LAWATAN PENILAIAN KESELAMATAN DAN KUALITI BANGUNAN OLEH LPU
Serdang, 17 September 2025 – YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mengadakan lawatan penilaian keselamatan dan kualiti bangunan ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap keselamatan serta kualiti infrastruktur fakulti bagi memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi piawaian semasa dan mampu menyediakan persekitaran yang selesa kepada seluruh warga universiti.
Sepanjang lawatan, Dr. Noraishah berpeluang meninjau secara langsung keadaan bangunan dan kemudahan sedia ada di fakulti berkenaan. Beliau turut menegaskan kepentingan penyelenggaraan berterusan dalam memastikan keselamatan, keselesaan, dan kesejahteraan warga UPM sentiasa terpelihara.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Ahli Lembaga Pengarah UPM dalam memastikan fasiliti fakulti berada dalam keadaan terbaik sebagai sokongan terhadap kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Date of Input: 12/11/2025 | Updated: 12/11/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my