LAWATAN PENANDA ARAS DARI NATIONAL UNIVERSITY MANILA Pn. Nurul Jannah Mat Saleh | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS DARI NATIONAL UNIVERSITY MANILA Pn. Nurul Jannah Mat Saleh

LAWATAN PENANDA ARAS DARI NATIONAL UNIVERSITY MANILA Pn. Nurul Jannah Mat Saleh

LAWATAN PENANDA ARAS DARI NATIONAL UNIVERSITY MANILA

Pn. Nurul Jannah Mat Saleh

SRI SERDANG, 20 Mei 2024 - Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) telah menerima Lawatan Penanda Aras dari National University Manila (NUM) bertempat di Bilik Seminar FRSB.  Lawatan penanda aras ini telah dihadiri oleh seramai sembilan (9) orang delegasi dari National University Manila yang terdiri dari Dekan, Timbalan Dekan, wakil pensyarah dan wakil-wakil pelajar.  Lawatan Penanda Aras dari NUM ini telah disambut oleh Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan HEPA), Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Siswazah), Ketua Jabatan Senibina dan dan para pensyarah dari Jabatan Senibina, FRSB. 

Secara keseluruhan, objektif lawatan penanda aras dari National University Manila ini adalah untuk pihak NUM melihat dan membuat kajian penanda aras bagi Program Seni Bina di Jabatan Senibina.  Pihak NUM juga ingin mempelajari daripada pengalaman dan amalan terbaik di Jabatan Senibina bagi program sedia ada di Jabatan Senibina FRSB.  Delegasi juga telah dibawa melawat ke Studio Seni Bina, Galeri Senibina dan kemudahan di sekitar FRSB.  Lawatan penanda aras yang telah berlangsung bermula dari jam 9 pagi ini telah berakhir pada pukul 1 tengahari.  

 

 

          

 

 

 

      

Date of Input: 17/07/2024 | Updated: 17/07/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (06:25:20am-06:30:20am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]