LAWATAN KERJA DELEGASI DARI TASHKENT UNIVERSITY OF ARCHITECTURE AND CIVIL ENGINEERING (TUACE), UZBEKISTAN | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE 127
» NEWS » LAWATAN KERJA DELEGASI DARI TASHKENT UNIVERSITY OF ARCHITECTURE AND CIVIL ENGINEERING (TUACE), UZBEKISTAN

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI TASHKENT UNIVERSITY OF ARCHITECTURE AND CIVIL ENGINEERING (TUACE), UZBEKISTAN

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI TASHKENT UNIVERSITY OF ARCHITECTURE AND CIVIL
ENGINEERING (TUACE), UZBEKISTAN.

Madiha Hailani

 

 

         

SRI SERDANG, 7 Ogos 2024 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah menerima kunjungan lawatan kerja delegasi dari Tashkent University of Architecture and Civil Engineering (TUACE) , Uzbekistan. Seramai empat orang staf TUACE yang terdiri dari ketua jabatan dan pensyarah jabatan senibina menyertai delegasi tersebut.

Lawatan ini adalah bertujuan membentuk satu hubungan kerjasama yang positif di antara Universiti Putra Malaysia dan Tashkent University of Architecture and Civil Engineering. Hubungan kerjasama ini adalah sebagai penanda aras dalam menambahbaik perlaksanaan urusan pengurusan, pentadbiran dan teknikal TUACE.

Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah sebagai perkongsian maklumat mengenai kaedah pengajaran dalam bidang senibina disamping membincangkan ruang dan peluang kerjasama di masa hadapan.

Mereka turut di bawa melawat ke setiap jabatan di fakulti serta berpeluang melihat hasil kerja pelajar yang dipamerkan di Galeri Senibina dan Galeri Serdang.

 

     

Date of Input: 18/09/2024 | Updated: 18/09/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (05:50:46am-05:55:46am, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]