LAWATAN KERJA DELEGASI DARI MAULANA MALIK IBRAHIM STATE UNIVERSITI MALANG INDONESIA Madiha Hailani | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » LAWATAN KERJA DELEGASI DARI MAULANA MALIK IBRAHIM STATE UNIVERSITI MALANG INDONESIA Madiha Hailani

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI MAULANA MALIK IBRAHIM STATE UNIVERSITI MALANG INDONESIA Madiha Hailani

LAWATAN KERJA DELEGASI DARI MAULANA MALIK IBRAHIM STATE UNIVERSITI MALANG INDONESIA

Madiha Hailani

SRI SERDANG, 7 September 2024 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah menerima kunjungan lawatan kerja delegasi dari Maulana Malik Ibrahim State Universiti Malang Indonesia. Seramai tujuh orang staf yang diketuai oleh Dr. Anton Prasetyo (Ketua Jabatan) beserta pensyarah jabatan, staf pentadbiran dan kewangan telah menyertai delegasi tersebut.

Kumpulan delegasi tersebut telah disambut dengan baik dan mesra oleh Pengurusan Fakulti Rekabentuk dan Senibina dan diberikan taklimat korporat oleh Dekan.

Lawatan ini adalah bertujuan membentuk satu hubungan kerjasama yang positif di antara Universiti Putra Malaysia dan Maulana Malik Ibrahim State Universiti Malang.

Kumpulan Penyelidikan Waris FRSB turut hadir untuk berbincang berkenaan perancangan melaksanakan penyelidikan bersama.

Di akhir sesi lawatan, mereka telah dibawa melihat hasil kerja pelajar yang dipamerkan di Galeri Senibina dan Galeri Serdang.

 

 

    

 

 

   

Date of Input: 23/10/2024 | Updated: 23/10/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (07:10:22am-07:15:22am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]