Lawatan Ke Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Malaysian Institute Of Road Safety Research (MIROS) Prof. Madya Dr. A. Rizal Abdul Rahman | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » Lawatan ke Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) Prof. Madya Dr. A. Rizal Abdul Rahman

Lawatan ke Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) Prof. Madya Dr. A. Rizal Abdul Rahman

Lawatan ke Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)

Prof. Madya Dr. A. Rizal Abdul Rahman

KAJANG, 18 April 2024 - Pada semester Kedua (2) Sesi 2023/2024, kursus IND3103 Studio Reka Bentuk Teknologi (Tahun 3), Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM telah menjalankan satu projek Pembangunan Reka Bentuk Produk Berteknologi yang berkaitan dengan keselamatan jalanraya.

Para pensyarah dan pelajar kursus berkenaan telah mengadakan satu sesi lawatan ke MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) yang bertempat di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Taman Kajang Sentral, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada pihak yang terlibat dengan isu keselamatan jalan raya di Malaysia, disamping meninjau sendiri aktiviti atau projek-projek yang dijalankan di MIROS serta mendapatkan data sedia ada yang berkaitan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Lawatan ini telah memberi manfaat secara langsung kepada pelajar di dalam projek mereka untuk membangunkan produk-produk yang berkaitan keselamatan jalan raya di negara kita.

Melalui lawatan ini pelajar akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung dan disamping mendapat penerangan daripada beberapa bahagian penting di MIROS iaitu : MIROS Arts, ARSC (Asian Road Safety Centre), Road Safety Management, Safer Vehicle, dan Better Road and Safer Drives. 

Hasil lawatan ilmiah ini juga telah memberi impak kepada projek para pelajar di dalam mempertingkatkan kefahaman pelajar tentang faktor-faktor keselamatan yang penting semasa menggunakan jalan raya disamping dapat meninjau data dan maklumat tentang rekod kemalangan dan suasana persekitaran yang mengundang kepada kemalangan jalan raya.

Pihak MIROS juga telah terlibat di dalam memberi maklumbalas ke atas idea reka bentuk pelajar Program Bacelor Reka Bentuk Perindustrian di studio Tahun 3 (dengan kehadiran Dr. Marizwan, Ketua RMC MIROS dan Encik Yusuf, MIROS Arts) dan berharap projek seumpama ini dapat di teruskan untuk menyumbang kepada mempertingkatkan lagi tahap keselamatan jalan raya di Malaysia. 

 

Gambar 1 : Pegawai MIROS, pensyarah dan para pelajar di depan pintu masuk MIROS

 

 

Gambar 2 : Pegawai MIROS Arts, Encik Yusuf Ghani sedang memberi penerangan kepada para pelajar tentang kempen keselamatan dan kajian kes kemalangan jalan raya di Malaysia.

 

 

Gambar 3 : Pelajar meninjau produk dan kereta yang di ujikaji di ARSC (Asian Road Safety Centre); dan diberi penerangan tentang ujikaji keselamatan kenderaan yang dijalankan oleh pihak MIROS di Melaka.

 

Gambar 4 : Salah satu daripada Safety Driving stimulation yang dijalankan di makmal penyelidikan di MIROS.

 

Date of Input: 17/07/2024 | Updated: 17/07/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (07:19:02am-07:24:02am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]