Lawatan Delegasi Akademik Dari Xi’an Eurasia University Ke Universiti Putra Malaysia Memperkukuh Jalinan Kerjasama Global Ts. Emran Mohamad Taram | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » Lawatan Delegasi Akademik dari Xi’an Eurasia University ke Universiti Putra Malaysia Memperkukuh Jalinan Kerjasama Global Ts. Emran Mohamad Taram

Lawatan Delegasi Akademik dari Xi’an Eurasia University ke Universiti Putra Malaysia Memperkukuh Jalinan Kerjasama Global Ts. Emran Mohamad Taram

Lawatan Delegasi Akademik dari Xi’an Eurasia University ke Universiti Putra Malaysia Memperkukuh Jalinan Kerjasama Global

Ts. Emran Mohamad Taram

SRI SERDANG, 31 Julai 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat seramai 32 orang ahli kanan fakulti dari pelbagai kolej di Xi’an Eurasia University, China dalam satu program lawatan akademik yang berlangsung pada 31 Julai 2025. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif universiti tersebut untuk memperluas perspektif antarabangsa dan meningkatkan pemahaman pensyarah mereka terhadap amalan akademik global.

Delegasi yang diketuai oleh Prof. Wang Qun dari Jabatan Hal Ehwal Akademik, yang merupakan wakil kanan pentadbiran Xi’an Eurasia University, telah disambut mesra oleh pihak pengurusan Fakulti Rekabentuk Dan Senibina UPM. Lawatan ini mencerminkan semangat persahabatan dan kolaborasi antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi, serta komitmen bersama terhadap kecemerlangan akademik dan pengantarabangsaan pendidikan.

rogram lawatan dimulakan dengan taklimat khas dari Prof. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM, mengenai sejarah penubuhan dan pencapaian akademik UPM sebagai salah satu universiti penyelidikan terkemuka di rantau ini. Sesi taklimat seterusnya oleh Prof. Madya Dr Zalina Shari, Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan HEPA), turut mengetengahkan amalan-amalan terbaik UPM dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan praktikal, kolaborasi industri-akademia, serta inisiatif khidmat masyarakat yang aktif dijalankan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM.

Selain sesi pembentangan, lawatan berpandu turut diadakan ke sekitar kawasan fakulti dan kampus UPM, termasuk ke Galeri Serdang, Dusun FRSB, makmal dan studio pengajaran fakulti, dan seterusnya ke beberapa fasiliti ikonik UPM seperti Dataran Dewan Besar PKKSSAAS, Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Ladang Germplasma Durian Bukit Expo, Kelab Golf UniPutra dan juga ke Farm Fresh @ UPM.

Lawatan ini memberi peluang kepada para delegasi untuk meninjau secara langsung kemudahan pembelajaran dan penyelidikan yang dimiliki oleh UPM serta memahami pelaksanaan kurikulum secara praktikal dalam pelbagai bidang.

Lawatan akademik ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan perbincangan lanjut mengenai potensi kerjasama masa depan dalam bentuk pertukaran staf, program latihan, dan penyelidikan bersama. Kedua-dua institusi menyatakan harapan agar hubungan yang terbina ini akan diteruskan dalam bentuk kolaborasi yang lebih strategik dan mampan.

Pihak UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi Xi’an Eurasia University atas kunjungan tersebut dan mengalu-alukan peluang untuk memperkukuh lagi jaringan antarabangsa dalam bidang pendidikan tinggi.

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 03/10/2025 | Updated: 03/10/2025 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (06:44:43am-06:49:43am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]