LAWATAN DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALOH, JOHOR.
Madiha Hailani

SRI SERDANG, 8 Ogos 2024 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh, Johor. Seramai 35 pelajar Tingkatan 5 dan lima orang guru pengiring hadir. Kehadiran mereka disambut oleh Prof. Madya Dr. Zalina Shari, Timbalan Dekan Akademik Antarabangsa dan HEPA. Beliau telah menyampaikan ucapan aluan manakala pegawai beliau Dr. Jamali Janib memberikan penerangan dan info ringkas berkenaan fakulti.
Taklimat Program Senibina Landskap telah disampaikan oleh LAr. Mohd Nazri Saidon dari Jabatan Senibina Landskap manakala Ar. Dr. Athira Azmi telah menyampaikan taklimat untuk Program Senibina. Selesai taklimat, para pelajar dan guru dibawa ke Galeri Serdang untuk melihat pameran hasil kerja para pelajar tahun akhir dari setiap program.
Para pelajar yang hadir terdiri daripada murid - murid yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dan merupakan pelajar aliran sains tulen, perakaunan, pertanian dan Sains Rumah Tangga Rekacipta. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti dalam program kecemerlangan SPM 2024.
Semoga lawatan ini memberikan cetusan inspirasi dan pemangkin semangat kepada para pelajar dalam mengejar cita-cita mereka menimba ilmu ke menara gading.

Date of Input: 18/09/2024 | Updated: 18/09/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my