LAWATAN DAN PENILAIAN PEMERIKSA LUAR PROGRAM BACELOR SAINS SENI BINA DENGAN KEPUJIAN DAN PROGRAM MASTER SENI BINA, FRSB, UPM
Nurul Jannah Mat Salleh
Serdang, 22 September 2025 – Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah selesai menerima lawatan dan penilaian dari pemeriksa luar bagi dua program pengajian, iaitu Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian (LAM Bahagian I) dan Master Seni Bina (LAM Bahagian II) pada 22 – 23 September 2025.
Lawatan ini bertujuan menilai kualiti akademik, keberkesanan pengajaran serta pencapaian hasil pembelajaran pelajar agar selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Lawatan dan penilaian ini telah dihadiri oleh seramai tiga (3) orang penilai dan pemeriksa luar iaitu satu (1) orang Penilai Luar, Profesor Dr. Heng Chye Kiang dari National University of Singapore dan dua (2) orang Pemeriksa Luar, Ar. Ahmad Nizam Ahmad Radzi dan Ar. Dr. Wan Norisma Wan Ismail.
Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen FRSB dalam mengekalkan mutu pendidikan berkualiti tinggi serta memperkukuh kedudukan UPM sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dalam bidang seni bina.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 20/11/2025 | Updated: 20/11/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my