LAWATAN AKADEMIK MSLM, UPM DI KUBANG PASU PERKUKUH KEFAHAMAN KELESTARIAN DAN PERMAKULTUR | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » LAWATAN AKADEMIK MSLM, UPM DI KUBANG PASU PERKUKUH KEFAHAMAN KELESTARIAN DAN PERMAKULTUR

LAWATAN AKADEMIK MSLM, UPM DI KUBANG PASU PERKUKUH KEFAHAMAN KELESTARIAN DAN PERMAKULTUR

LAWATAN AKADEMIK MSLM, UPM DI KUBANG PASU PERKUKUH KEFAHAMAN KELESTARIAN DAN PERMAKULTUR

 

Zetty Fazleen Anuar

KUBANG PASU, 11 Disember 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Academic Field Visit pada 11-13 Disember 2025 bagi Kursus SLM5000 (Landscape and Sustainability) dan SLM5301 (Permaculture) di bawah program Master of Sustainable Landscape Management (MSLM).

 

Program selama tiga hari ini memberi peluang kepada pelajar mendalami aplikasi sebenar konsep kelestarian dan permakultur melalui lawatan tapak, perbincangan bersama komuniti setempat serta pemerhatian landskap berasaskan konteks tempatan. Pendekatan ini membolehkan pelajar menghubungkan teori dengan amalan pengurusan landskap, penglibatan komuniti dan strategi guna tanah yang mampan.

Lawatan ini bukan sekadar aktiviti akademik, tetapi pengalaman pembelajaran berasaskan lapangan yang memperkukuh kefahaman pelajar terhadap cabaran kelestarian semasa. Lawatan akademik ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri bagaimana prinsip kelestarian dan permakultur diaplikasikan dalam konteks komuniti dan landskap sebenar.

 

  

Penganjuran program ini membuktikan komitmen UPM dalam melahirkan graduan reflektif dan berorientasikan amalan, yang bersedia menyumbang kepada pembangunan landskap mampan di Malaysia dan peringkat global.

 

  

 

 

 

 

Date of Input: 31/03/2026 | Updated: 31/03/2026 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (06:34:23am-06:39:23am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]