LATIHAN KEBAKARAN TINGKATKAN KESEDARAN KESELAMATAN DI KALANGAN WARGA | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » LATIHAN KEBAKARAN TINGKATKAN KESEDARAN KESELAMATAN DI KALANGAN WARGA

LATIHAN KEBAKARAN TINGKATKAN KESEDARAN KESELAMATAN DI KALANGAN WARGA

Ts. Asmadi Sarun

SRI SERDANG, 14 Disember 2024 - Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan latihan kebakaran yang berlangsung di kompleks studio dan bengkel fakulti. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan warga fakulti dan mempersiapkan mereka untuk menghadapi situasi kecemasan jika berlaku insiden kebakaran.

Latihan yang dijalankan selama satu jam itu melibatkan seramai 125 orang peserta, termasuk staf dan pelajar. Sepanjang latihan, para peserta didedahkan dengan simulasi kebakaran sebenar bagi memberikan pengalaman yang lebih realistik kepada peserta. Antara simulasi yang dijalankan ialah pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api, menyelamat mangsa cedera dan memberi rawatan awal kepada mangsa cedera.

Latihan kebakaran ini mendapat sambutan positif daripada kalangan warga fakulti dan memberi pengalaman baharu kepada pelajar-pelajar baharu fakulti. Ia juga adalah usaha proaktif Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKKP), FRSB dalam memastikan keselamatan di tempat kerja terjamin. Mengulas selepas sesi latihan, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah selaku Komander Insiden; berpuas hati terhadap perancangan dan pelaksanaan latihan yang memperlihatkan situasi sebenar sekiranya berlaku insiden kebakaran dan menyatakan bahawa latihan seperti ini amat penting untuk memastikan warga fakulti peka terhadap prosedur keselamatan.

Latihan seperti ini akan terus dijadikan program tahunan di FRSB sebagai langkah berterusan meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan warga fakulti.

             

 

             

 

Date of Input: 06/01/2025 | Updated: 06/01/2025 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (07:22:12am-07:27:12am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]