FRSB KE SISFEC UPM: MEMBINA KECERGASAN, MENGUKUH SILATURAHIM | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » FRSB KE SISFEC UPM: MEMBINA KECERGASAN, MENGUKUH SILATURAHIM

FRSB KE SISFEC UPM: MEMBINA KECERGASAN, MENGUKUH SILATURAHIM

FRSB KE SISFEC UPM: MEMBINA KECERGASAN, MENGUKUH SILATURAHIM

Dr. Aini Jasmin Mohd Ghazali

 

PUCHONG, 9 September 2025 - Kelab Sukan & Sosial (KeSS), Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Hiking @ SISFEC UPM pada hari Selasa, 9 September 2025, bertempat di SISFEC UPM, Puchong. Aktiviti riadah ini bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan penyertaan aktif daripada warga fakulti termasuk pensyarah, staf pentadbiran dan kakitangan sokongan.

Program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan oleh wakil pihak SISFEC yang menekankan kepentingan langkah keselamatan sepanjang pendakian, penggunaan laluan yang betul serta kepentingan hidrasi dan kerjasama kumpulan semasa berada di dalam hutan.

Sepanjang aktiviti, para peserta berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi sekitar kawasan SISFEC sambil menghirup udara segar dan menghayati kepelbagaian flora serta fauna yang menjadi aset ekologi UPM. Pendakian yang santai namun mencabar ini bukan sahaja menguji stamina dan ketahanan fizikal, tetapi juga memberi ruang kepada peserta untuk melepaskan tekanan kerja dan memperkukuh hubungan antara rakan sekerja.

Penganjuran program seumpama ini amat penting dalam memupuk gaya hidup sihat serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan staf. Hiking bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi juga platform untuk memperkukuh ukhwah, memupuk semangat positif dan menanam nilai keseimbangan antara kerja dan kesejahteraan diri.

Program Hiking @ SISFEC UPM ini juga selaras dengan aspirasi fakulti di bawah slogan “Pertanian Inovasi Kehidupan” serta mendukung moto universiti “Berilmu Berbakti”, dengan menggalakkan amalan lestari, gaya hidup aktif dan kesejahteraan komuniti kampus.

Sambutan yang amat menggalakkan daripada warga fakulti menunjukkan minat dan komitmen terhadap gaya hidup sihat dan aktiviti luar. KeSS FRSB merancang untuk meneruskan program seperti ini secara berkala sebagai sebahagian daripada inisiatif Kesejahteraan dan Kelestarian Warga FRSB.

Semoga aktiviti sebegini terus menjadi inspirasi untuk menjadikan FRSB sebagai komuniti kerja yang cergas, ceria dan bersatu hati!

 

 

    

 

 

 

 

  

 

 

 

Date of Input: 19/11/2025 | Updated: 19/11/2025 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (06:27:25am-06:32:25am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]