FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA LAKSANAKAN BENGKEL PENILAIAN PELAN STRATEGIK 2025 DAN PERANCANGAN STRATEGIK 2026-2030
Madiha Hailani
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BANDAR BARU BANGI, 19 Ogos 2025 – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Penilaian Pelan Strategik FRSB Tahun 2025 dan Perancangan Pelan Strategik FRSB 2026–2030, bertempat di Tenera Hotel & Suites pada 5 dan 6 Julai 2025.
Bengkel ini bertujuan untuk menilai pencapaian semasa pelaksanaan Pelan Strategik FRSB 2021–2025, khususnya bagi tahun 2025, serta merangka hala tuju strategik fakulti untuk tempoh lima tahun akan datang selari dengan aspirasi universiti.
Bengkel yang melibatkan penyertaan pengurusan fakulti , penyelaras program serta wakil akademik ini turut menampilkan sesi pembentangan laporan pencapaian lima matlamat utama fakulti yang melibatkan aspek kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi, pembangunan pelajar, pendanaan dan penjanaan serta jaringan industry, pemerkasaan bakat , tadbir urus fakulti serta projek-projek pembangunan fakulti.
Sepanjang bengkel, peserta terlibat secara aktif dalam sesi kerja kumpulan untuk mengenal pasti isu, cabaran, dan peluang strategik serta membangunkan cadangan teras strategik baharu bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Mantan dekan dan pengurusan FRSB turut hadir pada hari kedua untuk berkongsikan pandangan serta cadangan untuk membangunkan fakulti dengan pendekatan yang lebih strategik dan berkesan.
Bengkel ini diakhiri dengan sesi pembentangan dari setiap kumpulan berkenaan cadangan matlamat dan pelan tindakan awal yang akan menjadi asas kepada draf Pelan Strategik FRSB 2026–2030.

Date of Input: 09/10/2025 | Updated: 09/10/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my