

10 September 2024, UPM - Jabatan Senibina FRSB telah berjaya melaksanakan Bengkel Rancangan Pengajaran bagi Program Bacelor Sains Seni Bina (Dengan Kepujian) dan Program Master Seni Bina bagi semester Pertama sesi 2024/2025. Bengkel ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Senibina beserta beberapa orang urusetia. Secara keseluruhan, objektif bengkel ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian dan memperbaiki pengajaran melalui pengemaskinian Rancangan Pengajaran melalui pengintegrasian yang lebih efektif, menyemak serta menambahbaik kaedah pelaksanaan kursus yang sedang dijalankan terutamanya kursus studio reka bentuk dan pengintegrasian dengan kursus lain untuk menghasilkan matrik pembelajaran studio yang lebih berkesan dan menyelaras tugasan pelajar secara mengintegrasi dengan kursus studio supaya tidak berlaku pertindihan dalam penilaian.
Date of Input: 23/10/2024 | Updated: 23/10/2024 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my