BENGKEL PENGAJARAN SEMESTER PERTAMA SESI 2025/2026 UNTUK PROGRAM BLA, MLA , MTUD DAN MSLM
Adreana Thomas
Serdang, 19 September 2025 – Jabatan Senibina Landskap, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Pengajaran Semester Pertama Sesi 2025/2026 pada 19 September 2025 (Jumaat) di Studio BLA 4, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB). Bengkel yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang ini melibatkan empat program iaitu Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian, Master Senibina Landskap, Master Reka Bentuk Bandar Tropika dan Master Pengurusan Landskap Lestari.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyelaras dan memperkukuh pendekatan pengajaran serta penyampaian kursus bagi semester baharu. Antara objektif utama bengkel ialah menyemak semula struktur kursus, menambah baik kaedah penilaian berasaskan hasil pembelajaran (OBE), dan memastikan keselarasan antara hasil pembelajaran kursus (CLO) dengan hasil pembelajaran program (PLO).
Bengkel ini turut memberi ruang kepada pensyarah untuk berbincang mengenai isu-isu berkaitan pelaksanaan aktiviti studio, integrasi teknologi dalam pengajaran serta strategi memperkukuh kemahiran reka bentuk pelajar
Antara yang hadir ialah Ketua Jabatan Senibina Landskap, penyelaras program BLA, MLA, MTUD dan MSLM, serta semua ahli akademik jabatan berkenaan. Sesi perbincangan turut disertai oleh wakil daripada Jawatankuasa Akademik Fakulti bagi memastikan pelaksanaan pengajaran semester baharu berjalan lancar selaras dengan garis panduan universiti.
Bengkel berakhir dengan sesi rumusan dan cadangan penambahbaikan terhadap pelan pengajaran tahunan serta pelaksanaan aktiviti akademik dan profesional pelajar. Diharapkan hasil bengkel ini dapat memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Senibina Landskap sekaligus menyokong matlamat FRSB dan UPM dalam melahirkan graduan yang berdaya saing serta berimpak global.
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 19/11/2025 | Updated: 19/11/2025 | marini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
tdaafrsb@upm.edu.my