BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN FRSB 2024-2026 Syarifah Afiqah Syed Ahmad | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» NEWS » BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN FRSB 2024-2026 Syarifah Afiqah Syed Ahmad

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN FRSB 2024-2026 Syarifah Afiqah Syed Ahmad

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN

FRSB 2024-2026

Syarifah Afiqah Syed Ahmad

SERDANG, 8 Mei 2024 -  Pejabat Timbalan Dekan (JINM dan Pembangunan), FRSB telah mengadakan bengkel pertama bagi Jawatankuasa Pembangunan Fakulti iaitu Bengkel Pelan Pembangunan FRSB 2024-2026. Bengkel yang dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Fakulti dan ahli Jawatankuasa Pembangunan Fakulti ini diadakan di Bilik Kuliah 1, FRSB.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk merangka perancangan pembangunan dan infrastruktur induk fakulti untuk tempoh tahun 2024-2026. Taklimat berkenaan kaedah dan strategi permohonan peruntukan Rancangan Malaysia (RMK) turut disampaikan kepada peserta bengkel.

Semoga dengan adanya Pelan Pembangunan FRSB ini, segala perancangan strategik bagi memastikan fakulti dapat menyediakan prasarana yang baik dan kondusif kepada warga fakulti dapat dilaksanakan dengan teratur dan terancang.

 

      

 

 

 

 

Date of Input: 16/07/2024 | Updated: 16/07/2024 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (06:42:49am-06:47:49am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]