UCAPAN ALU-ALUAN DEKAN | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» MENGENAI KAMI » DARI MEJA DEKAN » UCAPAN ALU-ALUAN DEKAN

UCAPAN ALU-ALUAN DEKAN

 

 

 




Selamat datang ke Laman Web Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM. Terima kasih kepada semua yang sudi melawat laman sesawang fakulti ini. Laman ini disediakan sebagai medium terbaik kami untuk menyampaikan maklumat dan aktiviti terkini Fakulti sebanyak mungkin kepada khalayak.

Seiring dengan Visi dan Misi Fakulti untuk menjadi sebuah Fakulti yang bereputasi antarabangsa dalam bidang reka bentuk dan alam bina mampan serta untuk menyumbang kepada penjanaan kekayaan dan pembangunan Negara serta kemajuan manusia sejagat, kami di Fakulti berusaha melahirkan graduat yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pengurusan berkualiti.

FRSB mempunyai tiga (3) jabatan utama: Jabatan Senibina Landskap, Jabatan Senibina dan Jabatan Reka Bentuk Perindustrian. Ketiga-tiga jabatan ini menawarkan peluang kepada pelajar untuk meneruskan akademik dan pembangunan professional mereka dalam persekitaran yang ceria di mana kami dan pelajar bersama-sama mendapat manfaat daripada pembelajaran berorientasikan aplikasi yang merangkumi Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE).

Di Fakulti ini, kami menyediakan infrastruktur yang lengkap dan kemudahan yang canggih termasuk dewan kuliah, makmal, studio dan suasana yang menarik untuk memenuhi keperluan semua program yang ditawarkan.

Kami juga berazam, melonjakkan aktiviti penyelidikan dengan memperolehi geran penyelidikan dari pelbagai agensi. Hasil penyelidikan telah terbukti melalui penerbitan dalam jurnal antarabangsa, paten dan anugerah.

Saya menjemput anda untuk meneroka laman web kami untuk maklumat lanjut mengenai Fakulti dan program kami. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Kami berharap untuk mendengar daripada anda.

Salam Mesra.

 

 

Kemaskini:: 21/09/2017 [arizy]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
B1566248484