Perutusan Dekan | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» MENGENAI KAMI » DARI MEJA DEKAN » Perutusan Dekan

Perutusan Dekan

Selamat datang ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina atau FRSB, Universiti Putra Malaysia.  Semenjak tahun 1996, Frsb telah memainkan peranan yang amat signifikan dalam membangunkan dan mengembangkan ilmu bidang rekabentuk dan senibina terutamanya ke arah pembangunan yang lestari untuk kemanusiaan dan kemakmuran negara.

FRSB dalam usia yang menjangkau lebih suku abad ini beriltizam untuk terus maju ke hadapan dan menjadi yang terbaik.  Ianya tentu boleh dicapai dengan kerjasama semua entiti yang terlibat, staf FRSB, pelajar, komuniti dan industri.  Untuk memastikan perancangan adalah tersusun, pihak fakulti juga telah merancang Pelan Strategik FRSB 2021-2025 dalam merangka strategi dan inisiatif baru.

Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan.   Oleh itu, saya menyeru kepada semua potensi pelajar, alumni, penyelidik dan rakan komuniti dan industri untuk terus bersama kami mewarnakan dan merancakkan lagi pembangunan pengembangan ilmu rekabentuk dan senibina ini.  “One faculty, one heartbeat” demi kemakmuran dan kemanusiaan sejagat.

Kemaskini:: 17/04/2023 [uswahhasanah]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXETJA4~