KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» JARINGAN » PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN » KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Diantara kemudahan yang disediakan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran di FRSB termasuklah:-

DEWAN KULIAH

FRSB mempunyai sebuah dewan kuliah yang moden dan selesa serta boleh memuatkan 250 orang. ia digunakan oleh pelajar untuk kuliah, seminar, ceramah, dan acara-acara kebudayaan. Dewan ini dilengkapi dengan kemudahan audio-visual berkualiti tinggi, skrin bermotor dan LCD.


BILIK-BILIK KULIAH

Fakulti juga dilengkapi dengan bilik-bilik kuliah yang luas dan selesa yang boleh memuatkan 60 pelajar setiap. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan alat bantu mengajar moden untuk memudahkan pembelajaran seperti komputer, LCD, skrin projektor, papan putih, dan lain-lain Semua bilik kuliah berhawa dingin dan dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara tanpa wayar.

STUDIO PENGAJARAN

Studio adalah sebahagian daripada kemudahan penting dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk. Pelajar menghabiskan masa yang lama dalam studio mereka. Oleh yang demikian studio pengajaran yang selamat dan selesa sangat perlu untuk pelajar menjalankan kerja kreatif mereka. Pelajar ditugaskan ke studio mengikut program dan tahun pengajian masing-masing. Semua studio berhawa dingin dan dilengkapi dengan meja lukis dan kerusi, loker, pantri, ruang bekerja, nod komputer, dan tempat untuk perbincangan serta berehat.

BENGKEL

Fakulti juga mempunyai beberapa bengkel yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman secara praktikal (hands-on) dalam mencipta dan membangunkan produk. Bengkel ini adalah di bawah penyeliaan staf teknikal yang cekap dan suka membantu. Bengkel di FRSB termasuklah bengkel logam, kerja kayu, bata,serta bengkel protaip.

KEMUDAHAN KOMPUTER

Terdapat komputer yang mencukupi bagi kegunaan pelajar dalam makmal pengajaran khas dan juga komputer kegunaan awamtertentu. untuk digunakan dalam komputer yang ditetapkan makmal pengajaran serta kemudahan komputer am yang disediakan pada waktu pejabat dengan sambungan internet tanpa wayar. Pelajar di fakulti boleh mempunyai akses kepada sambungan internet tanpa wayar di mana-mana dan pada bila-bila masa di fakulti.

MAKMAL-MAKMAL

Terdapat beberapa makmal pengajaran dan penyelidikan yang diletakkan di bawah kelolaan setiap jabatan di fakulti.Ini termasuklah Makmal LANGIS, Makmal Perlakuan, Sosial, dan Kebudayaan Landskap, Makmal Sains Tumbuhan dan Ekologi Landskap, dan lain-lain lagi. Sebilangan pelajar pasca-siswazah diletakkan dibawah makmal-makmal berkaitan untuk menjalankan penyelidikan mereka.

GALERI SENI DAN REKA BENTUK

 

Galeri FRSB yang dikenali sebagai Galeri Serdang sering mengadakan pameran hasil kerjapereka bentuk dan artis yang dikenali pada peringkat nasional dan antarabangsa serta hasil kerja staf dan pelajar FRSB yang cemerlang. Hasil karya yang diperagakan akan didokumenkan dan disiarkan dalam Perpustakaan Berindeks Maya Paparan Muzium atau Virtual Library of Museum Pages berindeks (VLMP).

BILIK SEMINAR

FRSB juga mempunyai sebuah bilik seminar moden yang boleh menampung kira-kira 40 orang dan dilengkapi dengan kemudahan persidangan mini yang lengkap untuk seminar, mesyuarat, dan perbincangan.

SEMAIAN TUMBUHAN LANDSKAP DAN ARBORETUM MINI

Nurseri landskap FRSB mempunyai koleksi terbesar tumbuhan landskap yang terdiri daripada pokok-pokok sehinggalah tumbuhan penutupbumi. Seluruh kampus FRSB juga telah ditanam dengan pelbagai pokok-pokok landskap, buah-buahan dan juga tumbuh-tumbuhan lain dan ia adalah arboretum mini untuk pengajaran dan penyelidikan. Ia sering digunakan oleh pelajar Seni Bina Landskap untuk pengcaman tumbuhan landskap dan juga pengajaran pengurusan landskap.

PLOT UJIKAJI LAPANGAN

Plot ujikaji lapangan bagi menjalankan penyelidikan landskap dan yang berkaitan dengannya boleh didapati di kawasan semian landskap. Diantara penyelidikan yang dijalankan termasuklah kajian-kajian mekanik akar, penstabilan cerun, dan lain-lain. 

 

Kemaskini:: 26/09/2022 [uswahhasanah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDcTAl~