LOGO CIPTAAN ALUMNI BACELOR SENIBINA LANDSKAP DIPILH MEMENANGI PERTANDINGAN LOGO SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS 50 TAHUN UPM | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » LOGO CIPTAAN ALUMNI BACELOR SENIBINA LANDSKAP DIPILH MEMENANGI PERTANDINGAN LOGO SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS 50 TAHUN UPM

LOGO CIPTAAN ALUMNI BACELOR SENIBINA LANDSKAP DIPILH MEMENANGI PERTANDINGAN LOGO SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS 50 TAHUN UPM

Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Shahidan

Jabatan Senibina Landskap

Logo ciptaan Encik Mohd Hairul Azizi Bin Amat Tokimin yang merupakan alumni kelas 2005 (Bacelor Senibina Landskap) telah dipilih untuk memenangi Pertandingan Logo Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 tahun UPM. Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Place To Go Asia Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang berkaitan perundingan senibina landskap. Beliau telah berkecimpung selama 18 tahun dalam projek konsultasi landskap seperti Felda Hot Residence Sungkai Perak, Perbadanan Hang Tuah Jaya dan Goldsands Hotel, Langkawi. Logo ini dicipta dengan inspirasi idea menggunakan Pelepah Daun Palma Serdang yang segar dan mekar di kiri logo mewakili simbol dahan yang melambangkan kepelbagaian bidang dan rumpun warga UPM serta kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan kekuatan UPM seiring Pelan Strategik UPM. Garisan 3 melengkung di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan dan juga membawa maksud tiga fungsi utama universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Bentuk bulatan ibarat sebuah institusi yang bergerak dengan pantas dan konsisten. Manakala kombinasi warna emas, hijau, merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme kekal sehingga kini di usia 50 tahun dalam sistem pendidikan tinggi. Setinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Hairul Azizi Bin Amat Tokimin diatas kemenangan beliau. TAHNIAH!

Tarikh Input: 28/02/2021 | Kemaskini: 28/02/2021 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXEULA2~