Lawatan Pelajar MLA Ke Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Dan Pekan, Pahang | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » Lawatan Pelajar MLA Ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pekan, Pahang

Lawatan Pelajar MLA Ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pekan, Pahang

Seramai 15 pelajar Tahun Satu Master Senibina Landskap (MLA) bersama-sama 2 pensyarah telah mengadakan lawatan akademik ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pekan, Pahang bermula dari 24-27 September 2016. Lawatan ke Jabatan Pengairan dan Saliran Pekan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai cadangan pembangunan disepanjang Sungai Pahang di Bandar Pekan yang menjadi tapak kajian para pelajar pada semester ini.

 

Lawatan ini juga bertujuan untuk menjalankan kerja inventori dan analisis tapak di sepanjang Sungai Pahang di Bandar Pekan. Disamping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan industri bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.
 
  

Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan pada pelajar-pelajar kepada cadangan pembangunan di sepanjang Sungai Pahang di Bandar Pekan, dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem pembangunan persisiran sungai yang biasa diamalkan oleh JPS.


Tarikh Input: | Kemaskini: | azliana

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
B1566249630