KURSUS ASAS PERMAKULTUR – PROJEK INISIATIF KEJIRANAN HIJAU LA21KL | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » KURSUS ASAS PERMAKULTUR – PROJEK INISIATIF KEJIRANAN HIJAU LA21KL

KURSUS ASAS PERMAKULTUR – PROJEK INISIATIF KEJIRANAN HIJAU LA21KL

Ts. Asmadi Sarun

Pada 16 Julai 2022 yang lalu, Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah berjaya menganjurkan satu latihan jangka pendek, iaitu Kursus Asas Permakultur kepada rakan kongsi Projek Inisiatif Kejiranan Hijau Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL). Kursus tersebut telah diadakan di Bilik Kuliah 1 dan Plot Experimental Permakultur, FRSB. Objektif utama kursus ini ialah bagi menambah ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan secara praktikal berkaitan pertanian bandar kepada rakan kongsi LA21KL.

Program selama satu hari ini telah dihadiri seramai 23 orang peserta dari pelbagai agensi dan persatuan di bawah Projek Kebun Kejiranan Bandar LA21KL. Para peserta memberi maklum balas yang positif terhadap perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang terlibat, iaitu LAr. Ts. Dr. Osman Mohd Tahir dan Ts. Emran Mohd Taram. Penglibatan komuniti daripada pelbagai agensi dan persatuan di dalam program sebegini sangat penting dalam membantu pihak LA21KL mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 2030 terutama sekali dalam menyokong SDG04 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG11 (Bandar dan Masyarakat Lestari).

Dengan adanya kerjasama erat di antara Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemegang taruh bagi projek-projek LA21KL; adalah diharap program latihan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mencapai matlamat bandar Kuala Lumpur yang mampan, hijau dan rendah karbon.

 

Tarikh Input: 08/09/2022 | Kemaskini: 08/09/2022 | uswahhasanah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdIAb~