Oleh Azliana Zakaria
SERDANG, 13 Januari – Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan lapan wakil delegasi daripada Regional Southern Institute of Vocational Education in Agriculture, Thailand sempena Program Landscape & Tree Care Industry Expo 2023 (LTCI) yang berlangsung dari 13-15 Januari 2023.
Antara agenda perbincangan termasuk program pertukaran pelajar bagi kursus berkaitan pengurusan dan operasi landskap, lawatan akademik kedua-dua institusi selain promosi program master kerja kursus (MSKK) terutama Master Pengurusan Landskap Lestari yang boleh ditawarkan kepada para pengajar dan graduan mereka.
Kunjungan delegasi tersebut ke FRSB, UPM pada Jumaat diketuai oleh Mr. Witsawa Khongkaew, Pengarah Regional Southern Institute of Vocational Education in Agriculture. Lawatan ini terdiri daripada empat kolej vokasional di Selatan Thailand iaitu Sungaikolok Industrial and Community Education College; Khon Kaen College of Agriculture and Technology, Northeastern Vocational Institute of Agriculture dan Roi At College of Agriculture and Technology.
Ahli kumpulan penyelidik Sustainable Practice in Conserving Environment (SPICE), FRSB mewakili Jabatan Senibina Landskap telah hadir ke perbincangan dua hala bersama pihak Regional Southern Institute of Vocational Education in Agriculture.
Turut hadir sama ke perbincangan ini ialah Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan mewakili Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa, UPM.
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 17/02/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | uswahhasanah
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR