FRSB Menang Tempat Ke -2 Di Dalam Amalan Terbaik Fakulti Seluruh UPM Pada PiCTL 2020 | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» BERITA » FRSB menang tempat ke -2 di dalam amalan terbaik Fakulti seluruh UPM pada PiCTL 2020

FRSB menang tempat ke -2 di dalam amalan terbaik Fakulti seluruh UPM pada PiCTL 2020

Oleh Ts. Dr. Mohd Zairul bin Mohd Noor

Julung-julung kalinya pada tahun ini, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) telah menghantar wakil bagi pertandingan amalan terbaik fakulti. Pertandingan ini adalah bersempena dengan bulan pendidik UPM 2020 yang telah dilancarkan oleh Prof Dr Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM pada 9 Oktober 2020. Pada minggu pendidik ini pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk pertandingan-pertandingan berkaitan amalan inovasi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Pertandingan yang menjadi tumpuan seluruh fakulti seluruh UPM pada saban tahun adalah pertandingan amalan terbaik fakulti yang menampilkan lapan penyertaan seluruh UPM. Pada tahun ini Fakulti Veterinar telah memenangi tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5000 manakala tempat kedua di menangi oleh Ts. Dr. Mohd Zairul bin Mohd Noor yang mewakili fakulti rekabentuk dan Senibina (FRSB) dengan penyertaan S.O.L.E (Studio Oriented Learning Environment) dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, seterusnya tempat ketiga disandang oleh Fakulti Asasi Pertanian dengan membawa wang tunai sebanyak RM1000.

Disamping pertandingan amalan terbaik, pertandingan lain yang di anjurkan adalah pertandingan INNOCREATIVE Educator in Transformative Learning yang dimenangi sekali lagi oleh team Dr Mohd Zairul bagi program Master Senibina, manakala INNOCREATIVE Educator in Immersive Learning dimenangi oleh Dr Siow May Ling dan team dari Jabatan Lanskap. Bagi kategori poster pelbagai penyertaan dari wakil FRSB memenangi anugerah emas seperti Ar Azli Jamil bagi penyertaan ‘Learning Design And Construction Through Research Collaboration With Industry’ yang turut melibatkan sumbangan pensyarah dari studio tahun 1 Jabatan Senibina. Dr Sreetheran dari Jabatan senibina Lanskap pula menang dengan 2 penyertaan ‘Teaching and Learning of Research Methods the Fun Way by Using #Hashtags in Facebook’ dan ‘Visual Planning Tool For Postgraduate Students Towards Graduate On Time (GoT)’.  Pasukan Rekabentuk Industri pula menang dengan penyertaan Continual Maker-Based (Comb) Project For Practice-Ledassessment In Industrial Design Model Making Subject.

Tahniah di ucapkan kepada pensyarah dan pelajar yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung yang membawa kemenangan bermalkna  ini kepada FRSB.

Tarikh Input: 02/11/2020 | Kemaskini: 12/11/2020 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXETWAK~