Pada 8 Februari 2020, satu Bicara Santai bertajuk ‘Tip Memenangi Geran FRGS Dari Pengalaman Penilai FRGS Peringkat KPT’ telah dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi). Bual santai pada kali ini menampilkan pensyarah-pensyarah FRSB yang juga merupakan penilai-penilai FRGS peringkat KPT yang berpengalaman sebagai pembicara, iaitu Prof. Madya Lar. Dr. Suhardi Maulan, Prof. LAr. Ts. Dr Osman Mohd Tahir, Prof. Ts. Dr. Rahinah Ibrahim dan Prof. Madya Ts. Dr. Norsidah Ujan, manakala Pemudahcara ialah Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yazid Mohd Yunus.
Bual santai melalui aplikasi Zoom ini bertujuan untuk berkongsi tip dan strategi memenangi proposal geran FRGS daripada pandangan panel penilai geran FRGS peringkat KPT. Selain itu, perkongsian ini turut memberi gambaran jelas tentang perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu diletakkan di dalam kertas cadangan penulisan geran FRGS.
Tarikh Input: 23/03/2021 | Kemaskini: 23/03/2021 | arizy
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR