Warisan Hidup atau warisan budaya tidak ketara ditakrifkan sebagai kemahiran dan pengetahuan manusia, amalan, ekspresi, dan instrumen yang membentuk amalan yang diwarisi oleh penduduk tempatan. Dengan kekurangan tanggungjawab, pengiktirafan dan pendidikan, banyak emosi dan manifestasi warisan hidup berada di bawah krisis, diancam oleh globalisasi dan pemodenan budaya. Ia berisiko untuk lenyap buat selama-lamanya atau membeku sebagai amalan masa lampau jika ia tidak dibangkitkan dalam masyarakat. Bagi mengukuhkan warisan hidup ini, mengekalkannya, memelihara dan mewariskan warisan ini kepada generasi akan datang, dan sambil menerimanya untuk berubah dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Konvensyen UNESCO 2003 untuk melindungi warisan budaya tidak ketara atau warisan hidup mencadangkan lima domain secara meluas iaitu:
Pengetahuan dan amalan tentang alam dan alam semesta merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran, amalan dan perwakilan dibangunkan oleh masyarakat yang berinteraksi dengan persekitaran semula jadi. Cara berfikir ini melalui alam
Kelima-lima domain ini adalah sangat penting untuk dipelihara dan dilindungi dalam kehidupan seharian. Pendidikan adalah alat yang paling berkuasa untuk amalan warisan hidup ini dipindahkan dan terus diwarisi kepada penduduk tempatan dan masyarakat. Terdapat lapan kata kunci komponen untuk melahirkan Komuniti Lestari iaitu komuniti yang 1) dijalankan dengan baik, 2) aktif, inklusif dan selamat, 3) sensitif terhadap alam sekitar, 4) adil untuk semua, 5) bersambung dengan baik, 6) dilayan dengan baik, 7) berkembang maju, dan 8) direka dan dibina dengan baik.
Mengaplikasikan prinsip pendidikan berasaskan komuniti adalah sangat penting untuk melahirkan komuniti yang bertanggungjawab. Langkah pertama adalah dengan melibatkan penduduk tempatan dalam semua proses membuat keputusan komuniti dengan komuniti, membentuk visi dan secara keseluruhannya menikmati nilai sivik, tanggungjawab dan kebanggaan untuk mencapai matlamat kelangsungan warisan hidup. Aktiviti pengumpulan maklumat adalah sangat penting di dalam model Pembelajaran berasaskan komuniti dimana untuk mengenalpasti tahap kekuatan komuniti, keperluan komuniti, pengetahuan asas komuniti terhadap warisan budaya hidup mereka. Melalui langkah ini dari data keputusan setiap tahap kekuatan, tahap keperluan dan tahap pengetahuan komuniti, rancangan tindakan dari perspektif komuniti akan diambil bagi mewujudkan komuniti yang aktif, inklusif dan selamat dalam sosial dan budaya, adil untuk semua serta sensitif terhadap alam sekitar.
Komuniti yang aktif, inklusif dan selamat adalah semangat kemasyarakatan yang sebenar di mana jiran saling menjaga antara satu sama lain, mengalu-alukan untuk menyertai acara dan di mana terdapat rasa hormat yang sihat antara satu budaya dengan budaya yang lain dan semua dilayan dengan sama rata. Komuniti yang adil untuk semua pula adalah setiap individu dari semua peringkat umur, kaum, jantina dan kelainan keupayaan diambil kira dan diberikan akses yang sama rata kepada pekerjaan, perkhidmatan dan pendidikan dalam komuniti. Manakala komuniti yang sensitif terhadap alam sekitar adalah komuniti yang mengamalkan cara hidup sihat dengan berusaha secara aktif untuk meminimumkan perubahan iklim dengan menggalakkan kitar semula, penjimatan air dan mengekalkan kawasan kejiranan yang lebih bersih, selamat dan lebih hijau.
Selain daripada itu, pembentukan pendidikan yang berkesan dimana melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran warisan hidup yang disediakan dan diajar akan mewujudkan komuniti yang berhubung dengan baik, dilayan dengan baik, berkembang maju, dan direka dan dibina dengan baik. Komuniti yang berhubung dengan baik yang mengalakkan pejalan kaki yang selamat sambil menghubungkan kejiranan antara komuniti serta mempunyai komunikasi yang menghubungkan orang ramai kepada pekerjaan, kesihatan dan perkhidmatan lain. Komuniti yang dilayan dengan baik pula iaitu komuniti yang menyediakan perkhidmatan yang baik dari segi kemudahan mendapatkan makananan segar dan bahan mentah, perkhidmatan keluarga yang berkualiti tinggi dan boleh diakses termasuk pilihan yang sihat bagi komuniti yang tersedia dan berpatutan, perkhidmatan sukarelawan dan swasta.
Pada umumnya, komuniti berpeluang menjana wang dan mencapai kualiti hidup yang baik melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran warisan hidup yang dibekalkan dengan mengalakkan komuniti membuka perniagaan tempatan, mencipta pekerjaan untuk orang lain dan berbelanja serta melabur secara tempatan merupakan komuniti yang berkembang maju. Akhir sekali, komuniti yang direka dan dibina dengan baik adalah wujudnya rasa tempat yang sebenar, bertujuan positif dan mempunyai keistimewaan tempatan di mana bangunan warisan bukan sahaja menarik tetapi juga selamat untuk didiami, mempunyai aktiviti tempatan yang masih dikekalkan dan berguna serta menyediakan banyak ruang hijau dan terbuka untuk orang ramai meluangkan masa berehat dan bermain. Dan akhir sekali ialah maklum balas yang mempengaruhi visi dan matlamat untuk pendidikan berkualiti untuk pemeliharaan warisan hidup. Ini bagi memastikan Pembelajaran berasaskan Komuniti untuk Warisan Hidup berjalan lancar serta melakukan penambahbaikan jika perlu dibuat.
Kesimpulannya, pendidikan yang berkualiti bagi pemuliharaan warisan hidup untuk komuniti bukan sahaja memenuhi keperluan tetapi juga membantu menghubungkan dan memperkasakan kedua-dua penduduk tempatan dan masyarakat untuk memulihara warisan hidup dengan berkesan dan pada masa yang sama meningkat kesedaran dan penyertaan orang ramai dengan pelbagai peringkat umur dan bangsa bagi meningkatkan tahap penyertaan ke arah pembangunan lestari di Malaysia.
Membina kapasiti - Mengaplikasikan prinsip pendidikan berasaskan komuniti
untuk kelangsungan warisan hidup (Sumber: Andrew, E., 1998)
Gambar 1: Aktiviti Penghijauan taman komuniti di Kampung Dato Abu Bakar Baginda – program penanaman pokok oleh komuniti setempat melalui
Kerjasama penglibatan komuniti yang aktif dan inklusif serta saling hormat menghormati antara satu sama lain untuk kesejahteraan bersama.
Gambar 2: Komuniti yang sensitif terhadap alam sekitar melalui penglibatan
gotong royong pembersihan Sungai Ayer Hitam di Kampung Dato Abu Bakar Baginda
Noor Azramalina Abdul Aziz
GS 51822, Pelajar PhD
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Universiti Putra Malaysia
Artikel ini adalah sebahagian daripada projek kajian yang ditaja oleh skim geran penyelidikan asas (FRGS) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan rujukan no (FRGS/1/2019/WAB04/UPM/02/2).
Penulis adalah pelajar PhD dibawah seliaan:
Dr. Noor Fazamimah Mohd Ariffin
Tarikh Input: 01/08/2022 | Kemaskini: 01/08/2022 | uswahhasanah
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR