UPM PERKUKUH AGENDA INOVASI GLOBAL: NAIB CANSELOR TANDATANGANI DUA BUKU STRATEGIK INTERNATIONAL SEED SHOWCASE SOKONG BLUEPRINT KETERJAMINAN MAKANAN DAN INTEGRASI ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM REKAAN Dr. Sazrinee Zainal Abidin | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» ARTICLE » UPM PERKUKUH AGENDA INOVASI GLOBAL: NAIB CANSELOR TANDATANGANI DUA BUKU STRATEGIK INTERNATIONAL SEED SHOWCASE SOKONG BLUEPRINT KETERJAMINAN MAKANAN DAN INTEGRASI ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM REKAAN Dr. Sazrinee Zainal Abidin

UPM PERKUKUH AGENDA INOVASI GLOBAL: NAIB CANSELOR TANDATANGANI DUA BUKU STRATEGIK INTERNATIONAL SEED SHOWCASE SOKONG BLUEPRINT KETERJAMINAN MAKANAN DAN INTEGRASI ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM REKAAN Dr. Sazrinee Zainal Abidin

UPM PERKUKUH AGENDA INOVASI GLOBAL: NAIB CANSELOR TANDATANGANI DUA BUKU STRATEGIK INTERNATIONAL SEED SHOWCASE SOKONG BLUEPRINT KETERJAMINAN MAKANAN DAN INTEGRASI ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM REKAAN
Dr. Sazrinee Zainal Abidin

 

                                     

Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina(FRSB) terus menegaskan kedudukannya sebagai peneraju inovasi global apabila melancarkan dua buku strategik berimpak tinggi sempena Majlis Perasmian IFac Makerspace FRSB. Majlis tersebut disempurnakan dengan tandatangan rasmi Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, sebagai simbol komitmen kepimpinan universiti dalam memperkasa inovasi pelajar ke peringkat antarabangsa.

Dua penerbitan utama berkenaan ialah Artificial Intelligence (AI) Aided Design for Inclusivity  dan Designing for Food Security: Innovative PBL Solutions for Sustenance. Kedua-duanya membuktikan keupayaan pelajar UPM menghasilkan inovasi berimpak tinggi serta menegaskan komitmen universiti dalam memartabatkan pendidikan reka bentuk sebagai pemangkin transformasi sosial dan pembangunan lestari yang menyokong keterjaminan makanan serta integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam rekaan.

 

                                  

 

AI Sebagai Pemangkin Reka Bentuk Inklusif dan Transformasi Digital

Diterbitkan sempena produk yang di pamerkan di International SEED Showcase 2024, buku Artificial Intelligence (AI) Aided Design for Inclusivity mengetengahkan bagaimana AI mentransformasikan reka bentuk perindustrian secara menyeluruh.

Melalui integrasi AI dalam keseluruhan proses reka bentuk daripada penjanaan idea pintar, simulasi berasaskan data, analisis keperluan pengguna inklusif hingga pembangunan prototaip berketepatan tinggi pelajar berjaya menghasilkan penyelesaian reka bentuk yang mesra komuniti rentan dan responsif terhadap cabaran sosial semasa.

 

 

                                       

 

Penerbitan ini disunting oleh Dr. Rosalam Che Me, Dr. Sazrinee Zainal Abidin dan Profesor Madya Dr. Saiful Hasley Ramli dengan sokongan padu barisan pensyarah penyelia iaitu Nazlina Shaari, Hassan Alli, Khairul Manami Kamarudin, Velu A/L Perumal, Ahmad Rizal Abdul Rahman, Siti Mastura Md Ishak, Khairul Aidil Azlin Abd Rahman, Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi, Indastri Saion, Shahrul Azman Shahbudin, Mohd Faiz Yahaya dan Mohd Shahrizal Dolah, bersama sumbangan aktif pelajar tahun akhir 2024.

Sinergi kepakaran akademik dan kreativiti pelajar ini membuktikan bahawa AI bukan sekadar alat teknologi, tetapi rakan strategik dalam membina reka bentuk inklusif berimpak global.

Menyokong Blueprint Keterjaminan Makanan dan Agenda SDG Global

Sementara itu, buku Designing for Food Security: Innovative PBL Solutions for Sustenance yang diterbitkan bersempena produk yang dipamerkan di International SEED Showcase 2025 memberi fokus kepada isu keterjaminan makanan  antara cabaran global paling kritikal abad ke-21.

Melalui pendekatan Problem-Based Learning (PBL), pelajar meneroka empat dimensi utama keselamatan makanan iaitu ketersediaan, akses, penggunaan dan kestabilan. Antara inovasi yang diketengahkan termasuk unit pengedaran makanan mudah alih, sistem penyimpanan pintar, peranti bantuan untuk golongan rentan serta model pertanian komuniti lestari.

 

                                              

 

Penerbitan ini diterajui oleh Dr. Rosalam Che Me dan Dr. Sazrinee Zainal Abidin selaku editor utama dengan sokongan barisan ahli akademik yang terdiri daripada Profesor Madya Dr. Saiful Hasley Ramli, Nazlina Shaari, Hassan Alli, Khairul Manami Kamarudin, Velu A/L Perumal, Ahmad Rizal Abdul Rahman, Siti Mastura Md Ishak, Khairul Aidil Azlin Abd Rahman, Raja Ahmad Azmeer Raja Ahmad Effendi, Indastri Saion, Shahrul Azman Shahbudin, Mohd Faiz Yahaya, Mohd Shahrizal Dolah, Saiful Sazwan Mohd Rashid, Ahmad Fairuz Ariff, Nurhanisah Mohd Nawari, Zati Hazira Ismail, Jazmin Mohamad Jaafar dan Shahermy bin Halamy bersama penglibatan aktif pelajar tahun akhir 2025.

Buku ini tampil sebagai dokumen strategik yang memperkukuh aspirasi UPM sebagai peneraju inovasi agro-makanan dan kelestarian di peringkat nasional dan global.

Ekosistem Inovasi dan Jaringan Global

Pelancaran ini turut diperkukuh dengan peranan IFac Makerspace sebagai ekosistem inovasi berasaskan 3D printing dan digital fabrication. Melalui pendekatan rapid prototyping, pelajar berjaya mentransformasikan idea digital kepada prototaip fizikal berpotensi komersial, sekali gus merapatkan jurang antara akademik dan industri.

Sejak 2021, International SEED Showcase berkembang sebagai platform akademik antarabangsa berprestij yang mempamerkan kecemerlangan projek tahun akhir pelajar serta mempererat kolaborasi global. Edisi 2024 dan 2025 menyaksikan penglibatan enam universiti antarabangsa terkemuka iaitu Suan Sunandha Rajabhat University (SSRU), Thailand; Universiti Telkom, Bandung, Indonesia; Hubei Institute of Fine Arts, China; Petra Christian University, Indonesia; Wenzao Ursuline University of Languages, Taiwan; dan Chengdu University, China.

Kolaborasi strategik ini mengukuhkan jaringan antarabangsa UPM dalam bidang reka bentuk dan inovasi serta membuktikan bahawa International SEED Showcase bukan sekadar pameran akademik, tetapi medan sinergi global yang memacu pertukaran idea dan inovasi merentas sempadan.

Secara keseluruhannya, kedua-dua penerbitan ini menjadi manifestasi jelas bahawa UPM komited melahirkan graduan berdaya saing global melalui reka bentuk inovatif, teknologi AI dan penyelesaian lestari yang memberi impak nyata kepada masyarakat serta masa depan negara.

 

Date of Input: 27/03/2026 | Updated: 27/03/2026 | marini

MEDIA SHARING

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
W, (07:22:55am-07:27:55am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]