PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI MELALUI PROJEK JAHITAN UNTUK IBU TUNGGAL & ASNAF ANAK MUKIM WAKAF RAJA-SATU PERKONGSIAN PASKA COVID-19. | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» ARTIKEL » PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI MELALUI PROJEK JAHITAN UNTUK IBU TUNGGAL & ASNAF ANAK MUKIM WAKAF RAJA-SATU PERKONGSIAN PASKA COVID-19.

PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI MELALUI PROJEK JAHITAN UNTUK IBU TUNGGAL & ASNAF ANAK MUKIM WAKAF RAJA-SATU PERKONGSIAN PASKA COVID-19.

Melihat kepada peningkatan bilangan asnaf dan ibu-ibu tunggal dalam dunia yang kian mencabar ini menjadikan perlu pihak-pihak yang mempunyai kemampuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan ini. Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Wakaf Raja yang mengikuti perkembangan golongan secara dekat di Mukim Wakaf Raja terpanggil untuk menyumbang dan menghulurkan bantuan agar golongan ini tidak lagi perlu berpaut kepada orang lain dalam menjalani kehidupan seharian tetapi berdiri atas kemampuan sendiri dan seterusnya membantu mereka yang lain yang masih belum bernasib baik.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi ruang yang luas kepada ibu tunggal dan remaja dalam meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga. Program ini juga dianjurkan untuk membentuk kemahiran-kemahiran dari pelbagai aspek dan melatih peserta untuk berfikir secara positif dan mampu menjana idea yang kreatif dan matang. Program ini juga dilaksanakan dengan melihat sudut kebolehan yang ada pada ibu tunggal dan remaja di mana kebolehan sedia ada mampu digilap dan dilatih. Program ini juga dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara dan kaedah ke arah mengubah kehidupan yang lebih baik. Inisiatif ini dirancang sebagai suatu projek bagi membangun ekonomi golongan yang memerlukan terutamanya ibu tunggal asnaf.

Golongan ini merupakan golongan yang masih mempunyai potensi untuk menjana pendapatan sendiri lalu menyara tanggungannya jika peluang yang sesuai diberikan kepada mereka. Bantuan-bantuan secara langsung diberikan tidak dihalang tetapi hanyalah dapat membantu mereka dalam jangka masa yang pendek. Akan tetapi, projek pembangunan ekonomi melalui pelatihan kemahiran lebih mampu melestarikan kehidupan golongan ini tanpa terlalu bergantung kepada ihsan pihak lain yang mana kemudiannya mampu mencorak kehidupan keluarga mereka dengan lebih baik. Telah menjadi harapan dan hasrat bahawa projek ini menjadi projek perintis yang boleh dikembangkan dari semasa ke semasa juga diimplimentasikan di tempat-tempat lain kepada mereka yang memerlukan apabila ianya berjaya. Dalam menjayakan projek ini, pelbagai pihak disasarkan untuk turut bekerjasama iaitu UMW Holdings, My-Sutera (Canggih), Universiti Putra Malaysia (UPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) .

Menyedari betapa pentingnya program berteraskan kemahiran pada masa kini dijalankan agar masa dapat diisi sebaiknya dan daya kreativiti dapat ditingkatkan khususnya buat ibu tunggal dan remaja. Golongan ibu tunggal yang dihimpit kemiskinan dan mereka yang menggangur tetapi memiliki kebolehan dan kemahiran tertentu dapat dibantu sekiranya mereka menyertai program ini. Selain dari membantu diri sendiri, taraf hidup keluarga juga dapat ditingkatkan. Masjid Mukim Wakaf Raja mengambil peluang untuk melaksanakan satu program yang bertujuan mendedahkan kemahiran jahitan dan kemahiran perniagaan

Kampung Wakaf Raja terletak di bawah jajahan Pasir Puteh, Kelantan yang mempunyai 143,116 jumlah penduduk direkodkan pada tahun 2018 menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia. 5.04% dari jumlah ini merupakan penduduk berstatus miskin tegar iaitu sebanyak 7,213 penduduk miskin tegar. Projek ini telalah memfokuskan kepada 25 ibu-ibu tunggal dan remaja atau pemuda asnaf sebagai projek perintis.

Penganjuran program Kursus Asas Kemahiran Anak Mukim Wakaf Raja ini adalah bertujuan meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan diri serta memberi kesedaran mengenai kepentingan kemahiran untuk membantu mengorak langkah kehadapan dan mencari jalan untuk memajukan diri.

Antara obbjektif projek ini adalah:

  1. Meningkatkan taraf hidup ekonomi diri dan keluarga peserta .
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam pelbagai bidang kerjaya dan melahirkan peserta yang serba boleh.
  • Memberi nilai tambah kepada para peserta dengan tawaran peluang pekerjaan kepada peserta menguruskan perniagaan berasaskan kemahiran
  1. Membantu menghasilkan peserta professional dalam bidang kemahiran tersebut.
  2. Membantu peserta yang baru ingin menceburi bidang kemahiran supaya lebih positif dan kreatif.
  3. Melatih kemahiran perniagaan terutamanya kemahiran pemasaran dan penggunaan teknologi dalam perniagaan

Sekalung penghargaan kepada Yayasan Ikhlas dan Yayasan Hasanah yang telah membiayai kos berjumlah RM1200 bagi menjayakan projek ini, dan memberikan peluang kepada Penulis untuk turut terlibat sama  bagi menjayakan projek ini .

 

Penulis telah memulakan inisiatif dengan mengadakan perbincangan awal dengan pihak Canggih di Kota Baru.

Inilah mereka yang cekal dalam mengharungi kehidupan. Mampu berdiri atas kaki sendiri untuk menjalankan kehidupan selepas COVID-19.

Modul secara atas talian oleh WARIS-:” Inovasikan Produk”

Peserta telah mendapat tempahan menjahit pakaian seragam Pra Sekolah PASTI sebanyak 100 pasang.

 

 
Prof. Madya Dr. Sumarni Ismail

Jabatan Senibina,
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, 
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 07/02/2022 | Kemaskini: 07/02/2022 | arizy

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
SXDdDAt~