BACELOR SAINS SENI BINA | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» AKADEMIK » PRASISWAZAH » BACELOR SAINS SENI BINA

BACELOR SAINS SENI BINA

Program Bacelor Sains Seni Bina ditawarkan oleh Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia. Program ini mengambil masa tiga tahun (6 semester) atau 126 jam kredit untuk bergraduat. Ia ditawarkan secara sepenuh masa.

Program ini menyediakan kurikulum bersepadu untuk menghasilkan sumber manusia separa profesional dalam bidang seni bina bagi menyokong pembangunan industri pembinaan negara. Pengajaran berstudio merupakan komponen utama dalam
kurikulum. Melalui pengajaran berstudio, pelajar dapat belajar bagaimana untuk mengintegrasikan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus-kursus lain di dalam mereka bentuk bentuk bina/ seni bina. Pendedahan
pembelajaran sebegini akan melengkapkan para pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk memaparkan keupayaan dan kreativiti mereka. Pengajaran studio diselaraskan oleh seorang pensyarah dengan bantuan tutor atau arkitek
profesional bersekutu.

Program Bacelor Sains Seni Bina ini memenuhi keperluan Bahagian I dalam peperiksaan Lembaga Akitek Malaysia.

Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya sebagai pembantu arkitek di agensi-agensi kerajaan,dan juga firma perunding seni bina. Ramai dikalangan graduan meneruskan pengajian mereka ke program Bachelor Seni Bina ataupun ke program-program pasca-siswazah yang berkaitan. Selain itu terdapat juga mereka yang melibatkan diri dalam bidang penulisan, grafik, dan sebagainya.
 

Syarat Kemasukan:

Syarat kemasukan mengikut kelayakan umum minimum UPM, iaitu:
 

A.  Bagi Pemohon STPM:

1. Mendapat kelulusan baik dalam SPM / setaraf;

2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM /
setaraf;

3. Lulus dengan baik dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya;

i. Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian / Kertas Am; dan

ii. Gred C (NGMP2.0 CGPA) dalam 2 mata pelajaran lain;

4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)

 

B.  Bagi Pemohon Matrikulasi KPM /Asasi Sains UM/Asasi Sains UTM

1. Mendapat kelulusan baik dalam peperiksaan SPM atau setaraf;

2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau setaraf;

3. Mendapat kelulusan baik peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya;

i. Gred C (NGMP 2.00) dalam Kertas Am, dan

ii. Gred C (NGMP 2.00) dalam 2 mata pelajaran lain.

4. Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan

5. Telah mengambil ujian Malaysian University English Test (MUET)
 

C.  Pemohon Kelayakan Lain Yang Setaraf

1. Mendapat kelulusan baik dalam peperiksaan SPM atau setaraf;

2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setaraf;

3. Kelayakan lain yang diiktiraf sebagai setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UPM dan

4. Telah mengambil ujian Malaysian University English Test (MUET)
 

Keperluan Khas Fakulti

1. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai gred yang baik dalam mata pelajaran Matematik, Fizik atau Sains pada peringkat SPM atau sekurang-kurangnya prinsipal dalam Fizik dan Matematik pada peringkat STPM

2. Mendapat kelulusan yang baik dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
 

 

 

 

 

Kemaskini:: 21/09/2017 [arizy]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
B1566250296