BACELOR REKA BENTUK (REKA BENTUK PERINDUSTRIAN) | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» AKADEMIK » PRASISWAZAH » BACELOR REKA BENTUK (REKA BENTUK PERINDUSTRIAN)

BACELOR REKA BENTUK (REKA BENTUK PERINDUSTRIAN)

Program Bacelor Reka bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) ditawarkan oleh Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia. Program ini memerlukan empat tahun (8 semester) atau 130 kredit untuk bergraduat.

Ia ditawarkan secara sepenuh masa. Graduan reka bentuk perindustrian Universiti Putra Malaysia mendapat manfaat daripada pelbagai kursus teras yang ditawarkan oleh pihak jabatan serta ditambah pula dengan kreativiti dan pengetahuan teknikal. Ini menghasilkan keupayaan graduan menyelesaikan masalah reka bentuk secara inovatif. Program ini menggalakkan pemikiran secara inovatif dan juga pembangunan praktis serta penggunaan teknologi baharu bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam industri pembuatan Negara dan global. Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas sebagai pereka perindustrian atau eksekutif dalam pelbagai sektor perindustrian dan pembuatan seperti firma reka bentuk automotif atau dalam mana-mana jawatan sektor kerajaan yang berkaitan.

Syarat Am Kemasukan Universiti
Syarat Am Universiti
A. Calon-calon STPM

  1. Lulus dengan keputusan baik dalam SPM atau setaraf,
  2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau yang setaraf;
  3. Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya; - Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am / Kertas Am; dan - Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
  4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)


B. Calon-calon lain.

  1. Lulus dengan keputusan baik dalam SPM atau setaraf,
  2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau yang setaraf;
  3. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UPM; dan
  4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) C.


Calon Daripada Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM

  1. Lulus dengan keputusan baik dalam SPM atau setaraf,
  2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau yang setaraf;
  3. Lulus program Matrikulasi Kementerian Pendidikan / Asasi Sains UM / Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
  4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)


Keperluan Khas Fakulti
a) Syarat Kemasukan Minimum bagi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Calon Program Matrikulasi Sains Hayat / Sains Fizikal hendaklah lulus Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B-(2.67) dalam satu (1) mata pelajaran dan tidak buta warna.

Calon Program Matrikulasi Perakaunan hendaklah lulus Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B-(2.67) dalam satu (1) mata pelajaran dan tidak buta warna dan; lulus dengan Kepujian dalam Seni Visual atau Pendidikan Seni di peringkat SPM.

b) Syarat Kemasukan Minimum untuk calon-calon STPM atau yang setara Mendapat sekurang-kurangnya Gred B-(2.67) dalam mata pelajaran Seni Visual pada peringkat STPM atau Calon-calon yang lulus dalam program Diploma Reka Bentuk Perindustrian daripadapoliteknik tempatan atau institusi yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat UPM serta tidak buta warna. Atau Calon-calon yang lulus dengan kredit dalam mata pelajaran Seni Visual atau Pendidikan Seni di peringkat SPM dengan sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang Reka Bentuk Perindustrian atau dalam bidang kerja berkaitan boleh dipertimbangkan.

 

 

Kemaskini:: 21/09/2017 [arizy]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
B1566245634