MASTER SAINS (SECARA PENYELIDIKAN) | FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
» AKADEMIK » PENGAJIAN SISWAZAH » MASTER SAINS (SECARA PENYELIDIKAN)

MASTER SAINS (SECARA PENYELIDIKAN)

Fakulti Rekabentuk dan Senibina mengendalikan program Master Sains (secara penyelidikan) dalam beberapa bidang termasuk Pengajian Landskap, Pengajian Seni Bina, Perancangan dan Reka Bentuk Bandar, Pengajian Reka Bentuk Berintegrasi dan Pengajian Reka Bentuk Perindustrian. Program ini mengambil masa di antara 1 hingga 3 tahun untuk bergraduat. Ia ditawarkan secara sepenuh masa dan juga separuh masa.

Pelajar Program Master Sains (secara penyelidikan) akan dikendalikan oleh jawatankuasa penyeliaan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar. Fakulti Rekabentuk dan Senibina mempunyai ramai tenaga akademik yang mempunyai kelayakan PhD serta pengalaman dalam menyelia calon-calon Master. Fakulti ini juga mempunyai perpustakaan tersendiri yang dikongsi bersama dengan Fakulti Kejuruteraan (Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina). Universiti Putra Malaysia juga ada menawarkan bantuan kewangan terhad di bawah seliaan Sekolah Pengajian Siswazah, UPM.

Bidang-bidang pengajian Master yang ditawarkan di fakulti ini bergantung kepada kepakaran staf akademiknya. Ini termasuklah kepelbagaian dalam bidang seni bina landskap, seni bina, perancangan dan reka bentuk bandar, reka bentuk berintegrasi, reka bentuk perindustrian dan sebagainya.

Permohonan masuk ke program Master boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah UPM (http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students-2964). Pemohon perlu menyediakan proposal penyelidikan untuk disertakan bersama dengan permohonan. Oleh yang demikian pemohon digalakkan untuk menghubungi bakal penyelia untuk mendapatkan nasihat mengenai topik penyelidikan. Maklumat bakal penyelia dan bidang kepakaran masing-masing terdapat di laman sesawang fakulti ini.

Graduan Master Sains (dengan tesis) mempunyai peluang kerjaya dalam institusi pendidikan seperti politeknik, kolej kerajaan dan swasta serta di institusi penyelidikan. Sebahagian besar graduan meneruskan pengajian mereka ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

 

BIDANG PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN

A. Bidang: PENGAJIAN LANDSKAP

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Reka Bentuk Landskap atau yang setara dengannyaii) Minimum PNGK 2.50 atau pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang berkaitan.

B. Bidang: PENGAJIAN SENI BINA

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Bina atau yang setara dengannya

ii) Minimum PNGK 2.50 atau pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan.

C. Bidang: PERANCANGAN DAN REKA BENTUK BANDAR

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Alam Bina, Hartanah atau yang setara dengannya

ii) Minimum PNGK 2.50 atau pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan.

D. Bidang: PENGAJIAN REKA BENTUK BERINTEGRASI

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Alam Bina, Hartanah, Reka Bentuk Perindustrian, Seni Halus atau yang setara dengannya

ii) Minimum PNGK 2.50 atau pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan

E. Bidang: PENGAJIAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Reka Bentuk Perindustrian, Alam Bina Hartanah atau yang setara dengannya

ii) Minimum PNGK 2.50 atau pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan

 

 

 

 

Kemaskini:: 13/11/2017 [m_syida]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
B1566374414