|
PENDAHULUAN |
Fakulti Rekabentuk dan Senibina mengendalikan program Doktor Falsafah (secara penyelidikan) dalam beberapa bidang pengajian secara sepenuh masa dan juga separuh masa. Program ini mengambil masa di antara 2 hingga 5 tahun untuk bergraduat. Pelajar Program Doktor Falsafah (secara penyelidikan) akan dikendalikan oleh jawatankuasa penyeliaan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pengajian yang dipilih oleh pelajar. Fakulti Rekabentuk dan Senibina mempunyai ramai tenaga akademik yang mempunyai kelayakan PhD serta pengalaman dalam menyelia calon-calon Master. Fakulti ini juga mempunyai perpustakaan tersendiri yang dikongsi bersama dengan Fakulti Kejuruteraan (Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina). Universiti Putra Malaysia juga ada menawarkan bantuan kewangan terhad di bawah seliaan Sekolah Pengajian Siswazah, UPM. Graduan program PhD mendapat peluang kerjaya di institusi pengajian tinggi, institusi pendidikan lain, institusi penyelidikan, dan juga jawatan-jawatan kanan di jabatan kerajaan dan juga swasta. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1) PENGAJIAN LANDSKAP Bidang Pengajian Landskap merangkumi teori dan aplikasi perancangan, reka bentuk dan pengurusan landskap ke arah mewujudkan persekitaran berkualiti, sihat dan seimbang untuk keperluan manusia. Kajian dalam bidang ini termasuk persepsi persekitaran, sosio-budaya, kesihatan dan persekitaran pemulihan, pencegahan jenayah, reka bentuk persekitaran, keselesaan termal luar dan topik lain yang berkaitan bagi menyokong inisiatif pembangunan landskap mapan.
2) PENGAJIAN SENIBINA Bidang Pengajian Seni Bina merangkumi aspek aplikasi reka bentuk dan pengurusan proses reka bentuk yang menyokong fungsi dan menggunakan teknologi termaju untuk menghasilkan reka bentuk berestetika tinggi. Kajian meliputi kemahiran dan pengetahuan dalam reka bentuk alam bina merangkumi sistem penilaian reka bentuk bangunan, kualiti persekitaran dalaman, sistem pembinaan berindustri, reka bentuk sejagat, visualisasi, kognitif reka bentuk, sosio-budaya, kemanusiaan, dan topik lain yang berkaitan bagi menyokong pembangunan mapan.
3) PERANCANGAN DAN REKA BENTUK BANDAR Bidang Perancangan dan Reka Bentuk Bandar merangkumi prinsip dan proses yang menyokong kelestarian bandar. Skop penyelidikan termasuk kualiti perancangan dan reka bentuk bandar yang berdaya huni dan berdaya tahan. Ianya termasuk polisi perancangan bandar, ekonomi bandar, perumahan, pengangkutan, perancangan alam sekitar, pembaharuan dan pembangunan semula bandar, ruang awam, imej dan identiti tempatan, dan penglibatan komuniti di pelbagai geografi, skala dan fungsi bandar.
4) PENGAJIAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN Bidang Pengajian Reka Bentuk Perindustrian bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat dan alam sekitar melalui reka bentuk artifak mapan, berfungsi dan berestetika tinggi dengan menggunakan teknologi termaju. Kajian termasuk aplikasi teori dan reka bentuk pelbagai disiplin menggunakan Teknologi Maklumat (IT) atau Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), visualisasi dan media reka bentuk, Reka Bentuk Perindustrian Berbantukan Komputer (CAID), pembuatan model dan prototaip, dan reka bentuk dan fabrikasi produk, dan topik lain yang berkaitan untuk menyokong pembangunan produk mapan.
5) PENGAJIAN REKA BENTUK BERINTEGRASI Bidang Pengajian Reka Bentuk Berintegrasi bertujuan melestarikan penggunaan sumber alam semulajadi dalam semua fasa kitaran reka cipta. Kajian meliputi teori dan aplikasi reka bentuk kolaboratif yang melibatkan IT/ICT, visualisasi dan media reka bentuk, reka bentuk maya, Permodelan Informasi Bangunan (BIM), reka bentuk berintegrasi dan teknologi hijau untuk menyokong alam bina mapan.
|
SYARAT KEMASUKAN |
Calon mestilah lulus ijazah sarjana dalam bidang berkaitan dengan PNGK seperti di bawah untuk memohon ke Program Doktor Falsafah (secara penyelidikan).
Semua calon antarabangsa yang lulus ijazah sarjana di mana Bahasa Inggeris bukanlah bahasa pengantar, perlu memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris yang telah ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Keterangan lanjut mengenai keperluan bahasa inggeris boleh dirujuk di laman sesawang berikut: http://sgs.upm.edu.my/content/english_language_requirement-40581?L=en
|
STRUKTUR PROGRAM |
KERJA KURSUS Pelajar perlu mendaftar 9 kredit kerja kursus seperti berikut:
(Pelajar antarabangsa perlu mendaftar kursus Bahasa Melayu dan memenuhi keperluan Bahasa Inggeris di semester pertama pengajian.) SEMINAR PROPOSAL PENYELIDIKAN Pelajar perlu lulus SPS6903 (Seminar Proposal Penyelidikan) pada awal pengajiannya. Melalui kursus ini, pelajar perlu membentangkan cadangan penyelidikannya yang akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik. Pelajar hanya dibenarkan untuk meneruskan penyelidikannya ke tahap seterusnya setelah lulus SPS6903 (Seminar Proposal Penyelidikan). PEPERIKSAAN KOMPREHENSIF Pelajar perlu mengambil Peperiksaan Komprehensif (CE) yang bertujuan untuk menilai pengetahuan pelajar dalam bidang penyelidikannya, kemampuannya untuk mengintegrasikan pengetahuan penyelidikan dan teori yang berkaitan dengan isu-isu yang penting untuk bidang kajian dan pemahamannya mengenai reka bentuk dan metodologi penyelidikan yang relevan. TESIS Pelajar meneruskan proses pengumpulan dan analisis data serta kemudiannya penulisan tesis. PEPERIKSAAN VIVA Setelah menyerahkan tesis, pelajar dikehendaki menghadiri peperiksaan viva-voce untuk mempertahankan tesisnya secara lisan.
|
YURAN |
Yuran pengajian bagi Program Doktor Falsafah (secara penyelidikan) boleh dirujuk di laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia berikut: http://sgs.upm.edu.my/content/tuition_fees-40583
|
Kemaskini:: 17/01/2023 [m_syida]
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR