ROAD TO SEED Showcase 2025, Officiated By YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz | FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE frsb
» ACTIVITIES » VPP3211 Veterinary Anatomy I Learning Outcome Haematology

Event Title
ROAD TO SEED Showcase 2025, officiated by YBrs. Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz
Date
03 Feb 2025 - 04 Feb 2025
Time
09.00 - 11.00
Location
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Event Summary
UPM Pupuk Peranan Pereka dalam Isu Keterjaminan Makanan melalui Road to SEED 2025 SERDANG, 3 Februari – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Road to SEED 2025: Industrial Dialogue and Design Seminar bagi mempromosikan inovasi industri reka bentuk dalam menyokong keterjaminan makanan. Program ini membuka ruang kepada pelajar tahun akhir FRSB UPM untuk lebih memahami peranan reka bentuk serta menghasilkan inovasi reka bentuk dalam memperkasakan agenda keterjaminan makanan yang mampan dan inovatif. Dekan FRSB UPM, Prof. Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof, menekankan bahawa pelajar fakulti ini tidak memandang isu keterjaminan makanan sekadar wacana akademik, tetapi satu kebimbangan bersama yang memerlukan penyelesaian yang lebih lestari. "Sebagai pereka industri, kami memainkan peranan penting dalam mencipta penyelesaian inovatif, sama ada dalam sistem pengeluaran makanan, pembungkusan, pemeliharaan, mahupun pengedaran yang lebih cekap. Reka bentuk dapat membantu memastikan makanan yang selamat, berkhasiat dan mampu milik dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat," katanya. Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz merasmikan program ini berkata program ini menjadi platform yang bernilai untuk mempamerkan penyelidikan dan inovasi pelajar UPM kepada masyarakat dan industri yang lebih luas. ‘’Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan keterlihatan pelajar dalam bidang reka bentuk dalam isu keterjaminan makanan serta membuka peluang kepada fakulti dan universiti untuk membina rangkaian dan kerjasama dengan pihak industri, komuniti, dan agensi,’’ ujarnya. Baca selanjutnya di: https://upm.edu.my/.../upm_pupuk_peranan_pereka_dalam_isu...

Updated:: 19/02/2025 [marini]

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694090
0389480017
X, (05:17:29am-05:22:29am, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]